Search my Blog

Wednesday, April 24, 2013

Buttered Fish Fillet III

 This is an evergreen favourite menu in the house...! I'm allergic to prawn so fish fillet is a nice substitute! Still practicing on egg floss... made a mistake while separating the egg yolk from white - I accidentally added one egg white into the yolk causing the floss a bit lumpy....


By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
2 slices Fish Fillet - cut to preferred size
1 Egg White
4 tbsp Flour + 1 tsp Curry powder
3 Egg Yolk - stir lightly with spoon 
4 cloves Garlic - chopped 
Chili Padi - chopped
2 sprigs Curry Leaves
Butter
Cooking Oil
2-3 tbsp Oyster Sauce

METHOD:
1. Rub fish with salt & dip into egg white then dip into flour mixture.
Deep fry until cooked and crispy batter.

2. Heat 2 tbsp butter with some oil.
Pour egg yolk slowly while stirring fast using ladle.
Stir-fry until egg is crispy.
Dish-out & strain the excess oil.

3. Heat up 2 tbsp butter & stir-fry garlic, chilies, curry leaves until fragrant.
Add in oyster sauce & stir until thicken.
Add in fried fish & stir to coat.

4. Dish out & sprinkle egg floss.
Serve with white rice.
************************************


BAHASA MALAYSIA VERSION
Ini lauk kegemaran anak2 kat rumah ni dan lagi pun Along tak boleh makan udang, jadi Along gantikan udang dgn isi ikan. Walau pun nampak simple tapi amat sedap! Egg floss yg Along buat ni agak kasar sebab tersilap campurkan sebiji telur putih ke dlm telur kuning dgn tidak sengaja.... tengah mamai.... tulah jadi nya....

BAHAN2:
2 keping Isi Ikan - potong ikut suka
1 bj Putih Telur
4 sb Tepung Gandum + 1 st Rempah Kari
3 bj Kuning Telur - kacau sedikit dgn sudu
4 ulas Bwg Putih - cincang
Cili Padi - cincang
2 tangkai Daun Kari
Butter
Minyak Masak
2-3 sb Sos Tiram

CARA2:
1. Lumur ikan dgn garam & celup ke dlm putih telur dan kemudian golekkan ke dlm campuran tepung.
Goreng sehingga masak & garing di luar.

2. Panaskan butter & sedikit minyak.
Tuangkan kuning telur perlahan2 sambil dikacau laju dgn senduk.
Goreng sehingga rangup & tapiskan minyak berlebihan.
Ketepikan.

3. Panaskan 2sb butter & goreng bwg putih, cili, daun kari sehingga wangi.
Masukkan sos tiram & kacau sehingga pekat.
Masukkan ikan goreng tadi & gaul rata.

4. Angkat & taburkan telur kuning tadi.
Hidangkan dgn nasi panas.


Serimuka Jagung (Corn Glutinous Kuih)

 I had some leftover creamed corn after making Apam Balik a day before and this kuih was straight away crossed my mind for the next project! I imagined Serimuka with corn custard must be delicious combination and indeed was the outcome...! My hubby loved it and we both ate quite a big portion out of it....LOL!

By: Roz@HomeKreation
Makes: 8" round
BOTTOM LAYER:
250g Glutinous Rice - wash, soak 1hr & drained
100ml Packet Coconut Milk
150ml Water
½ st Salt

TOP LAYER:
100ml Packet Coconut Milk
100ml Water
100g Sugar
2 Eggs
40g Flour
10g Custard Flour
265g Creamed Corn

METHOD:
1. Line tin with aluminium foil.
Place bottom layer ingredients in the tin & steam 20 minutes until glutinous rice is done.
Press the layer with glass to even it.
2. Mix all top layer ingredients, except creamed corn, sift into a pot.
Add in creamed corn and cook until just heated up.
Pour on top of the glutinous rice layer.
Steam 30-40 minutes until cooked.
3. Cool kuih before slicing.


BAHASA MALAYSIA VERSION
Ini satu lagi serimuka yang di pelbagaikan topping nya.... Banyak lebihan krim jagung selepas buat Apam Balik Pandan kelmarin.... tetiba dapat pula idea nak buat serimuka berlapiskan jagung. Selepas makan malam, Along pun bersilat kat dapo sediakan kuih ni untuk sarapan esuk hari. Pepagi memang kelam-kabut nak hidangkan kuih, siapkan Liana ke sekolah dan bersiap untuk ke pejabat... tunggang-langgang & gambo pun tak berapa nak cun, ikut dan jer snap.... Tak dan pun nak merasa pagi tadi tapi hubby kata sangat sedap... Petang tadi baru Along kesempatan nak merasa.... wow, memang sedap sangat. Habis juga sepelengat....hehee.

Resepi nya Along main hentam2 jer tapi ada Along sukat untuk rujukan kekawan semua. Cuba lah ya...

By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 8" bulat
LAPISAN BAWAH:
250g Beras Pulut - basuh, rendam sejam & tapis 
100ml Santan Kotak
150ml Air
½ st Garam

LAPISAN ATAS:
100ml Santan Kotak
100ml Air
100g Gula
2 bj Telur
40g Tepung Gandum
10g Tepung Kastad
265g Krim Jagung

CARA2:
1. Lapik tin dgn kertas aluminium.
Kukus bahan2 lapisan bawah selama 20' sehingga masak.
Padatkan / tekankan dengan gelas.
2. Campurkan kesemua bahan2 lapisan atas, kecuali krim jagung & tapis ke dalam periuk.
Campurkan krim jagung dan masak sehingga naik wap.
Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi.
Kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak.
3. Sejukkan kuih sebelum di potong.


Tuesday, April 23, 2013

Apam Balik Pandan (Malay Peanut-Stuffed Pancake)

 This peanut-stuffed pancake is not something so special that you cannot get it from the market... nevertheless homemade is so effortless and you can stuff it generously! I like this recipe because it does not use yeast so no rest time needed for the mixture and ready for cooking as soon as the ingredients are mixed!

By: Roz@HomeKreation
Source: MyResipi-MsOreo
English translation by HomeKreation
Makes 3 pieces small, 2 pieces big
INGREDIENTS:
½ cup Sugar
1 Egg
2 cup Flour*
1 tsp Bicarbonate Soda*
1 tsp Baking Powder*
(* sift) 

1½ cup Water
1 tbsp Pandan Paste

FILLING:
1 cup Roasted Peanuts
- grind

1 cup Canned Creamed Corn
Margerine 

CARA2:
1. Blend egg & sugar.
Mix into flour mixture*, water & pandan paste until smooth.
2. Heat up non-stick pan.
Pour 1-2 scoop of batter & let it cooked until air bubbles break up.
Spread some margarine on top & sprinkle peanuts & creamed corn.
Fold into two & serve.
3. Repeat cooking process & finish up all batter.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Meh kita buat Apam Balik sendiri.... Nak beli kat kedai pun banyak kuih ni tapi nak gak buat sendiri... Buat sendiri boleh letak inti yg kita suka banyak2.... Siap tukar jadi apam pandan lak lagi....hehe. Apam ni versi lembut... dah sejuk pun lembut. UsuRaz lak tanya ada tak yg versi rangup.... tu nak kena try resepi lain lah pulak tapi yg ni pun sedap & laku habis.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: MyResipi-MsOreo
Resepi di taip semula utk mudah rujuk & di ubah sedikit
Bilangan: 3 kecil & 2 besar
BAHAN2:
½ cwn Gula
1 biji Telur
2 cwn Tepung Gandum*
1 st Soda Bicarbonate*
1 st Baking Powder*
(* ayak) 

1½ cwn Air
1 sb Pes Pandan

INTI:
1 cwn Kacang Tanah
- goreng tanpa minyak & di kisar

1 cwn Krim Jagung
Sedikit Planta 

CARA2:
1. Mesin gula & telur sehingga kembang.
Masukkan campuran tepung*, air dan pes pandan sehingga sebati.
2. Panaskan kuali non-stick.
Tuangkan 1-2 senduk adunan & biarkan buih2 udara menggelembung sehingga masak.
Sapu planta ke atas permukaan apam & tabur kacang & jagung.
Lipat dua & hidangkan.
3. Ulangi sehingga adunan habis.

Adunan dan inti kacang kisar & krim jagung

Pancake in cooking.... masak sehingga buih2 lubang

Tabur inti sebaik shj apam dah masak

Lipat dua & siap untuk di hiris2

Apam yg siap di hiris2... tunggu nak ngap jer...

Sunday, April 21, 2013

Kek Kukus Koko Horlicks (Steamed Horlicks Chocolate Cake)

 Lovely soft & moist chocolate cake... not too sweet and lovely combination with chocolate ganache! I made it yesterday to give away to some friends and some leftover for four of us at home.
By: Roz@HomeKreation
Source: Siti Ameera
Translated into English by HomeKreation
Size: 9" x 9"
INGREDIENTS:
250g Butter
1 cup Condensed Milk (suggest to put extra if no topping) 
5 Eggs (grade A)
120g Kaya (Egg Jam)
1 tsp Vanilla Essence
200g Self-Raising Flour*
150g Horlicks*
100g Cocoa Powder* (* mix & sift) 

METHOD:
1. Beat butter & milk until fluffy.
2. Beat eggs in a separate bowl until frothy.
3. Pour egg into butter mixture and mix well.
Add in kaya, VE until well mixed.
Add in flour mixture* until well mixed.
4. Pour into lined/greased tin & steam for 1½ hours until cooked.
**********************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kek coklat ni sedap sangat sebab ada perisa Horlicks.... kek nya lembab gebu.... rasa nya tidak terlalu manis, jadi Along pun tambahkan topping ganache untuk imbangkan rasa nya. Kalau tak cakap, orang takkan tahu kek ni di kukus sebab tiada beda dengan yg di bakar cuma kek nya lebih lembut dan tidak kering. Nak pegang kek ni kena perlahan2 & tak boleh lama2 nanti hancur di tangan. Masuk mulut jer terus cair!

Terima-kasih kepada Siti Ameera dari Brunei yg kongsikan resepi ni...!

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Siti Ameera
Resepi di taip semula oleh HomeKreation untuk mudah rujuk
Saiz: 9" x 9"
BAHAN2:
250g Mentega
1 tin Susu Pekat (Along guna 1 cawan, lebihkan kalau tak letak topping) 
5 bj Telur gred A
120g Kaya
1 st Esen Vanilla
200g Tepung Naik Sendiri*
150g Horlicks*
100g Serbuk Koko* (* ayak sekali) 

CARA2:
1. Pukul mentega dengan susu pekat sehingga kembang.
2. Pukul telur dlm mangkuk yg berasingan sehingga berbuih.
3. Masukkan telur yg telah di pukul ke dalam adunan mentega sehingga sebati.
Masukkan kaya dan esen vanilla sehingga sebati.

Masukkan campuran tepung* sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam tin yg di lapik & di minyakkan.
Kukus 1½ jam sehingga masak.



Wednesday, April 17, 2013

Sup Ayam Harum Kantan

 Plenty of ginger buds cropped out in the garden so I came out with idea to add it to chicken soup.... the outcome was very pleasantly fragrant and delicious! My hubby & son enjoyed the simple dinner so much. I like using boney parts of the chicken for soup because it makes the soup tastier. Sorry my photos lately were just a quick snap and may look a bit messy.... trying to juggle my busy life at works and at home daily and not much I could do for my blog readers.... the least I can do is to keep this blog alive....

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1/2 chopped Chicken or Chicken Boney Parts
2 Potatoes - peel & cubed 
1 Carrot - cubed 
1 Onion - sliced 
Some Young Corns, Dried Mushrooms, Tomatoes
Mixed Spices - Cinnamon, Star Anise, Cardamon, Cloves
1/2 Big Onion*
2 tsp Black Pepper*
1 tsp Fennel Seeds*
2" Ginger*
2 cloves Garlic* (* blend) 
1 tsp Soup Powder
1 Ginger Bud - sliced 
1 Lemongrass - bruised 
Salt

METHOD:
Heat up few tbsp oil & stir-fry mixed spices, blended ingredients & soup powder until fragrant.
Add in enough water, salt, chicken, potatoes, carrot and let it boil & cook.
Lastly add in young corns, mushrooms and tomatoes and cook for few minutes.
****************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Tengah badan kurang sedap ni, memang sesuai lah makan lauk2 sup camni.... buat pula harum wangi dengan bunga kantan & serai.... memang naik selera! Hubby & son pun kata sedap! Bunga kantan tu Along petik je dari laman depan rumah...! Biasa nya kat rumah ni sup guna bahagian isi kurang laku, so Along guna bahagian rangka... isi ayam nya pula buat goreng lebih laris.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1/2 ekor ketulan Ayam atau pun bahagian rangka
2 bj Kentang - potong 
1 btg Karot - potong 
1 bj Bwg Besar - hiris 
Putik Jagung, Cendawan Kering, Tomato
Some Young Corns, Dried Mushrooms, Tomatoes
Rempah Tumis - Kulit Kayu, Pelaga, Bg Lwg, Cengkih
1/2 bj Bwg Besar*
2 st Lada Hitam*
1 st Jintan Manis*
2" Halia*
2 ulas Bwg putih (* blend) 
1 st Rempah Sup
1 btg Bunga Kantan - hiris 
1 btg Serai - ketuk 
Garam

CARA2:
Panaskan sedikit minyak & tumis rempah tumis, bhn blend*, rempah sup sehingga wangi.
Masukkan air secukup nya, garam, ayam, kentang & karot & didihkan sehingga masak empuk.
Masukkan putik jagung, cendawan & tomato dan masak beberapa minit.

Strawberry Pancakes

 These are mini pancakes... purposely made them small and flavored with strawberry milk to please my little Liana. I packed them for her morning break in school and so glad to find them all cleared. Today she reminded me to make the pancakes again for her tomorrow's breakfast....


 I'm using the same favourite recipe posted here but change the plain milk to strawberry milk.... see how fluffy the pancakes are and most importantly tastes good!

By: Roz@HomeKreation
Source: FRD
(I modified the recipe slightly and use manual method this time)
Makes 12 mini pieces
INGREDIENTS:
100g Flour
2 tsp Baking Powder
2 tsp Sugar
1 Egg
150ml Strawberry Milk
1 tbsp Butter - melted 

METHOD:
1. Mix all dry ingredients in a bowl.
2. Mix all wet ingredients together & stir into the dry ingredients until well mixed.
2. Heat up a non-stick pan & pour a scoop of the batter.
Let some bubbles appear on surface and break.
Flip & cook for several seconds and lift out.
Cook remaining batter.
3. Serve with jam.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Along perisakan penkek kali ni dengan susu strawberi sebab nak ambil hati Liana tapi semua orang pun suka juga. Liana minta Along buatkan lagi untuk bento ke sekolah nya esuk.

Along masih guna resepi yg sama dar sini cuma Along lebihkan sukatan susu nya supaya lebih mudah di tuangkan. Kali ni Along tak guna blender tapi gaulkan dalam mangkuk dan hasil nya tetap gebu montok!

Source: FRD
Resepi asal telah di ubahsuaikan
Hasil 12 keping
BAHAN2:
100g Tepung Gandum
2 st Baking Powder
2 st Gula
1 bj Telur
150ml Susu Segar Perisa Strawberi
1 sb Butter - cairkan 

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan2 kering ke dlm mangkuk.
2. Campurkan kesemua bhn2 basah & tuangkan ke dlm bhn2 kering.
Gaul rata.
2. Panaskan kuali leper yg tidak melekat.
Tuangkan sesenduk adunan di tengah2 kuali.
Biarkan sehingga terbit buih2 udara & memecah baru balikkan sebentar.
Angkat & ulangi sehingga habis adunan.
3. Hidangkan dgn jam.


Tuesday, April 16, 2013

Awards from Nasya

Terima-kasih Nasya atas hadiah persahabatan ini.... mmmmuah2 & salam ukhwah dari Along!

Monday, April 15, 2013

Asam Pedas Tulang Rusuk

My favourite dish..... rib bones in spicy sourish gravy!

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
500-600g Rib Bones
20 Dried Chilies*
5 Shallots*
2 cloves Garlic*
1" Ginger*
1 cm Belachan*
1 tsp Coriander Seeds*
1/2 tsp Fennel Seeds*
1/2 tsp Cumin Seeds* (* blend) 
1 Ginger Bud - cut 4 
1 Lemongrass - bruised 
1 bowl Tamarind Juice
Salt & Sugar

METHOD:
1. Boil beef bones with 1 lemongrass and ginger slice until tender.
2. Heat up some oil & stir fry bruised lemongrass & blended ingredients* until fragrant.
Add in tamarind juice, beef, ginger bud, salt & sugar.
Boil & cook until taste is well balanced.
3. Serve with white rice along other side dishes like omelet, cucumber & fried salted fish.
**********************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Meh layan lauk yg Along masak kelmarin.... dah habis licin pun.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
500-600g Tulang Rusuk
20 btg Cili Kering*
5 ulas Bwg Merah*
ulas Bwg Putih*
1" Halia*
1 cm Belacan*
1 st Biji Ketumbar*
1/2 st Jintan Manis*
1/2 st Jintan Putih* (* blend) 
1 btg Bunga Kantan - potong 4 
1 btg Serai - ketuk
1 mangkuk Air Asam Jawa
Garam & Gula

CARA2:
1. Rebus tulang dgn sebatang serai & sehiris halia sehingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis serai & bhn2 blend* sehingga wangi.
Masukkan air asam jawa, daging, bunga kantan, garam & gula.
Masak sehingga menggelegak & serasi rasa.
3. Hidangkan dgn nasi putih dan lauk sampingan lain spt telur dadar, timun, ikan masin, dll.

Sunday, April 14, 2013

Kiwi Fruit Muffins (Again)

 Hi all HomeKreation readers! Sorry for not appearing regularly lately.... extremely busy at office and home... herewith a repeat recipe that I made for office mates recently.... something to post so that the blog will not be completely quiet and you know that I'm still alive!

Recipe was shared here earlier on. The muffins are really moist and soft... something a must try!


BAHASA MALAYSIA VERSION
 Assalamualaikum pembaca blog HomeKreation dan kekawan. Maaf lah  ya Along menyepi sedikit kebelakangan ni sebab terlalu kesibukan dengan pekerjaan harian di pejabat & di rumah jadi tak banyak masa untuk mencuba resipi2 baru. Supaya pembaca tidak kesepian bila masuk ke sini, Along tayangkan lagi resepi muffin yg mabeles ni.... Resepi boleh tengok kat sini.

Saturday, April 6, 2013

Kek Marble Tiga Rasa


Beautiful, moist and tasty cake.... I made it last week when my parents and siblings in law were here visiting.

By: Roz@HomeKreation
Source: Facebook - Mummy Ryan's Kitchen
Translated into English by HomeKreation
Size: 8" square
INGREDIENTS:
250g Butter
1 cup Sugar
5 Eggs
2 cups Flour*
1 cup Milk Powder*
1 tsp Baking Powder* (* mixed) 
1 can / 125g Serikaya
3 tbsp Honey
3 Flavour Paste (Pandan / Chocolate / Strawberry)

METHOD:
1. Beat butter & sugar until fluffy.
Add in egg one by one until well mixed.
Add in serikaya, honey until well mixed.
2. Divide mixture into three equal portions.
Add the different flavour into each portion.
3. Line & grease tin.
Spoon each flavour one after another until all used up.
4. Steam cake for 2 hours until cooked.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kek ni Along buat minggu lepas.... kebetulan ibu-bapa mertua & adik2 ipar nak datang, dapatlah menjamu mereka. Teruja tengok kat facebook dan nampak mudah. Sedap juga lah kek ni, rasa nya lembab dan lemak2.

Along baru jer balik dari melawat emak yg tak sihat di Taiping.... terima-kasih kpd kekawan yg tolong mendoakan.... emak Along sekarang beransur pulih.

Source: Facebook - Mummy Ryan's Kitchen
Resepi di taip semula untuk mudah rujuk
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
250g Mentega
1 cwn Gula
5 bj Telur
2 cwn Tepung Gandum*
1 cwn Susu Tepung*
1 st Baking Powder* (* campur) 
1 tin kecil / 125g Serikaya
3 sb Madu
3 Perasa (Pandan / Coklat / Strawberry)

CARA2:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu sehingga sebati.
Masukkan campuran tepung* sedikit2 sehingga rata.
Masukkan serikaya, madu sehingga sebati.
2. Bahagi adunan kepada 3 bahagian.
Campurkan setiap bahagian dengan perasa coklat, pandan & strawberry.
3. Lapik loyang dgn kertas & di gris.
Sudukan setiap warna berselang-seli sehingga habis.
4. Kukus selama 3 jam sehingga masak (Along kukus 2 jam sahaja).


Siap untuk di kukus

Selepas di keluarkan dari tin