Reference

Sunday, December 13, 2009

Beef Liver in Sambal Pengantin


Akhir nya berjaya jugak nak cuba Sambal Goreng Pengantin Nur (My Little Kitchen). Along guna hati & daging lembu korban baru2 ni. Lama jugak proses memasak lauk ni, macam rendang jugak tapi bahan nya tak banyak. Along masak hati & daging tu tak lah sebanyak respi yg asal jadi Along agak2 aja lah bahan nya.... Amacam Nur...ok tak? Hmmmm memang sedap, maceh ya kongsi..... caaaayang Nur, mmmmuah!

Along dah taipkan semula respi supaya lebih ringkas untuk mudahkan rujukan masa depan:

BAHAN2:
500g Daging Lembu - rebus & potong kecil
500g Hati Lembu - potong kecil2
500g Udang (Along tak letak)
2 biji Kelapa - perah santan pekat
15 tangkai Cili Kering - kisar
8-10 Cili Merah - hiris nipis & goreng sehingga layu
500g Bwg Merah - hiris & goreng
Belacan, Air Asam, Garam

CARA2:
Masak santan, belacan & cili kisar sehingga mendidih (api slow).
Masukkan daging & hati & kacau sehinga pekat.
Masukkan bawang goreng & cili merah goreng, asam, garam & kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan udang & kacau sehingga udang masak.
Siap!

3 comments:

  1. Hi Roz, I know very little English.Eating a meal that local.Some names can not be translated into English."pasty tassels" can say.Made easy;
    *1 piece dough to thin sliver.
    *Little cooking in the oven
    *pour over hot chicken broth
    *cook until soft again
    *pour sauce over chicken and
    That's all..
    I put it to my translator for you...

    ReplyDelete
  2. nampaknya along suka makan hati ya. Bukan makan hati peribahasa laa. Makan masakan berasaskan hati. Mesti selalu suka hati. he he he

    ReplyDelete
  3. Hehe.. ingat tadi along masak untuk pengantin mane-mane.. hehhe... cedappnye hati :)

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)