Reference

Sunday, October 11, 2015

Daging Pekasam (Tamarind Preserved Meat)


Preserved meat with tamarind is an old days style but todays, despite having freezer, it is still a popular way because of the special taste that it creates. The meat becomes tender and get cooked only in minutes.

I made a small batch using the recent qurban meat. I cooked half of it into Spicy Green Curry and stir-fried with Onion and Chilies with the remaining half. I enjoyed our lunch so much with this delicious dishes.

Ready for cooking

BAHASA MALAYSIA VERSION
 Nak belajar buat daging pekasam tak... Senang jer nak buat nya tapi kena sabar peram sehingga daging lembut dan mesra rasa. Along suka pekasam daging sebab langsung takda bau langtung. Daging nya akan jadi lembut dan cuma masak sebentar sahaja. Rasa nya memang lah masam2 sebab di perap dgn asam jawa. Masak Lemak Cili Api pedas2 sikit memang terangkat. Goreng dengan bawang & cili pun sedap.

Along buat guna daging segar dari Qurban hari tu tapi buat sedikit jer, cukup utk keluarga yg kecil ni. Kalau anda nak buat banyak pun takda masalah tapi selepas peram jangan simpan terlalu lama. Along perap sampai dua minggu sebab terlalu sibuk sehingga terlupa... tapi alhamdulillah ok jer.

Daging Pekasam Masak Cili Api Berserai
 
Resepi bawah ni Along agak2 jer... boleh adjust jika perlu

BAHAN2:
~1 kg Daging Lembu
1 sb Garam
~2 sb Asam Jawa (tambah jika perlu)
~10 keping Asam Gelugor

CARA2:
1. Hiris daging nipis.
2. Lumur dgn garam dan asam jawa secukup nya. Pastikan kepingan daging semua di salut rata dgn asam jawa.
3. Susun hirisan daging di dlm bekas.
Letak ~4 keping asam gelugor setiap lapisan (bergantung kpd saiz bekas anda).
Lapiskan hirisan daging dan asam gelugor sehingga habis.
4. Simpan dalam petisejuk (bukan tempat beku) selama lebih kurang seminggu.
5. Bila dah cukup masa, boleh lah di masak lauk kegemaran anda seperti Gulai lemak Cili Api atau di goreng dgn cili & bawang.

Daging Pekasam Goreng Bawang & Cili


4 comments:

  1. wah Along nampak sedap pekasam daging ni, teringin lah nak buat mmg dah lama jugak teringin nak makan, akak copy resepi ya Along..tqvm dear

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Salam perkenalan dari Mak Long. Sedap nampaknya pekasam daging. Mak Long buat ikan segar macam itu. Sedap juga. Terima kasih berkongsi pengetahuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam MakLong. Sama2.... terima-kasih tinggalkan jejak di sini :)

      Delete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)