Reference

Tuesday, September 29, 2009

Laksa Taiping

Masak Laksa Taiping untuk sedara-mara jalan raya hari tu, so memang masak banyak & selalu nya resipi main agak-agak & rasa-rasa aja. Sememang nya my laksa mesti kaw-kaw i.e. pekat - guna ikan banyak baru puas makan. Laksa tu pulak, import dari Taiping, di buat dari tepung sago, so rasa nya amat berbeza daripada laksa tepung beras, kenyal2 gitu... best betul! Semua orang makan bertambah2 sampai licin satu periuk.

Ini resipi agak-agak untuk 10 orang, kalau buat open house kena gandakan.

(10 orang)
BAHAN-BAHAN KUAH:
1 kilo Ikan Tenggiri / Kembung
10 ulas Bwg Merah
- blended
2 senduk Cili mesin
1/2" Belacan
Asam Keping*
Asam Jawa*
(* secukup masam)
Bunga Kantan
Daun Kesum
Garam, Gula

BAHAN2 TABUR:
Timun, Daun Salad, Nenas, Bunga Kantan, Daun Kesum, Cili, Telur Rebus & Petis

CARA2:
1. Rebus ikan & buang tulang.
Blender isi ikan & rebus dgn air rebusan ikan tadi dan kesemua bahan2 lain sehingga mesra rasa.

2. Hidangkan dgn laksa yg di rendam & di celur dan bahan2 tabur.

1 comment:

  1. Adusss.. alunan kuah laksa tu menggoncang perot i di tengah2 malam cenggini..uwaaaa!!!

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)