Reference

Wednesday, March 2, 2011

Steamers & Steaming Tips (Periuk Pengukus & Tip)

Steamer #1  (Pengukus #1)
Everytime I posted steamed cakes/kuih, I received the same repeated questions about steaming equipment, handling and method. Therefore I'm hoping this entry will help to answer those questions.

Di sini Along nak kongsi beberapa tip/maklumat pengukus dan cara2 menggunakan nya sebab banyak soalan yang berkenaan yang Along terima. Di harap n3 ini dapat menjawab soalan2 tersebut.

QUESTIONS & ANSWERS / SOALAN2 & JAWAPAN2:

 1. Type of steamer that I used /Jenis periuk kukus yang Along guna?
--> Steamer #1: 8" diameter and the bottom pot is 8" high. Suitable for cakes, apam, talam, glutinous rice, etcs. Cake batter is poured directly into the upper steamer pot. Particularly useful for long hours of steaming (>4 hours) without water replenishment. All my Sarawak steamed cakes used Steamer 1. It has high dom shape cover preventing water from dripping onto the cake. My cakes turned out fluffy & not soaked. Drawback: fixed and small size and  cakes can only be round not square shape.
Pengukus #1: lebar ukur pusat 8" and ketinggian periuk air 8". Sesuai untuk kek, apam, talam, pulut, kuih, dll. Adunan kek di tuang terus ke dlm periuk lapisan atas. Kelebihan nya ialah tak payah menambah air untuk kukusan yang lama (>4 jam). Memudahkan kerja apabila Along buat kek Sarawak yg sememang nya mengambil masa mengukus yg sangat lama. Tudung yg berbentuk dom tinggi mengelakkan air menitik ke atas kuih/kek. Kek masak dgn gebu dan tidak basah. Kelemahan: saiz kek kecil dan hanya bentuk bulat.

Steamer #2 (Pengukus #2)

--> Steamer #2: 14" diameter. Suitable for cakes, apam, talam, pao, etcs. For cakes, pour into a round/square tin & cover with aluminium foil before placing into the steamer to prevent from soaked by dripping water. Due to wide diameter but low height, water get dried easily and can only last up to 2 hours. Particularly useful for small cakes/kuih like apam cups, paos due to its big size. Also useful for my square tin and big size round cake.
Pengukus #2: lebar ukur pusat 14". Sesuai untuk kek, apam, talam, kuih pau, dll. Untuk kek, setelah adunan di tuangkan ke dlm tin, hendaklah di tutup dgn kertas aluminium utk mengelakkan air menitik ke atas kuih. Bentuk periuk yg lebar & rendah menyebabkan air mudah kering dan hanya cukup utk 2 jam. Kelebihan: bersaiz besar berguna utk kuih pau, kuih2 kecil seperti apam cawan sbb boleh kukus dgn banyak sekali gus. Juga mudah pelbagaikan saiz tin dan bentuk samada bulat / persegi.
 
 Steamer #3 (Pengukus #3)
 --> Steamer #3: 24cm/9" diameter. The upper steamer has small holes which is suitable for steaming glutinous rice, vegetables, chicken, etcs. Not suitable for cakes/kuih unless you are making a small batch. I tried making chicken rice with steamed chicken in the top pot and simulataneously rice at the bottom pot - turned out lovely.
Pengukus #3: lebar ukur pusat 24cm/9". Sesuai utk mengukus pulut/beras/ayam/ubi dll. Tidak sesuai utk mengukus kek sebab saiz yg kecil. Along cuba kukus ayam di atas dan masak nasi di bawah dgn serentak.... sedap.

 --> Steamer #4: Just used any type of wok. Place a wire ring as shown below and 1-2" water and then place a cake tin or a plate of fish. Alternatively place a steamer plate (3rd photo below) and can be use to steam vegetables, cup cakes or reheating food. Suitable for short steaming.

Pengukus #4: Guna apa2 jenis kuali. Cara nya, letak jaring besi di dalam 1-2" air. Letakkan tin kek/kuih/sepinggan ikan di atasnya. Sesuai untuk mengukus masa pendek atau memanaskan makanan.
 Steamer #4 (Pengukus #4)
 

2. How to prevent water from dripping onto the cake / Bagaimana nak mengelakkan air dari menitik ke atas kuih?
--> Steamer #1 by design will solve this problem. For other types of steamer, cover cake tin with aluminium foil. Alternatively wipe the cover occasionally (may not be suitable for some recipes).
--> Pengukus #1 di reka bentuk supaya air tidak menitik ke atas kuih. Jika anda menggunakan jenis periuk yg lain, hendaklah di tutup tin kuih dgn kertas aluminium. Cara lain untuk mengelakkan air menitik ialah dgn mengelap tudung sekali-sekala (mungkin tak sesuai untuk sesetengah resepi).
3. Is it ok to open the steamer cover in the middle of steaming in order to replenish water / Bagaimana nak menggantikan air yang kering sewaktu masa mengukus?
--> For long steaming hours like Sarawak steamed cake, you need to replenish the water when it dried up. Just lift the upper pot containing the cake without opening the cover. Quickly pour in boiling water into the bottom pot and place back the top pot. Do not use cold water as that will stop the cooking process. Suggest to ensure enough water for at least the first an hour or more before lifting the upper pot to replenish water in order to avoid cake from shrinking.
--> Kek yg mengambil masa yg sangat lama utk mengukus seperti kek Sarawak, air kukusan perlu di tambah apabila kering. Cara untuk menambah air, angkat periuk bahagian atas & tuang air menggelegak ke dalam periuk secepat nya dan letak semula periuk tadi. Jangan buka tudung periuk bahagian atas. Jangan tambah air yg sejuk kerana ia akan menyebabkan proses memasak terhenti. Pastikan air mencukupi untuk mengukus sekurang2 nya 1+ jam supaya kek tak terbantut.

4. How big is fire for steaming / Nak guna api besar mana untuk mengukus?
--> I used medium fire for all my cakes but ensure that water has been rapidly boiled before start steaming. Big fire will cause the cakes to crack on surface. For cupcakes/apam use big fire if you want it to blossom. Small fire is not recommended for steaming cakes as that will cause the cake texture to become compact and not fluffy. I used medium-low fire for steaming all my talam kuih.
--> Along guna api sederhana untuk semua jenis kek tapi pastikan air betul2 menggelegak sebelum meletakkan kek ke dlm pengukus. Api yg kuat akan menyebabkan kek merekah, kecuali apabila mengukus kek cawan yang sememang nya maukan ia merekah/mekar. Api yg terlalu perlahan akan membantatkan kek. Untuk kuih talam, along guna api yg sederhana kecil.

5. Hope it is useful - let me know if anymore questions.
Ada apa2 soalan lagi....? Di harap panduan ini berguna dan yang bertanya berpuas hati.

24 comments:

  1. as salam Along..tips yg berguna...atie punya pengukus yg byk lobang2 tuh!..tue pon Arwah mak yg kasi masa br pindah rumah...elok sampai skrg.ia akan ttp jadi kenangan & nostalgia dr arwah mak.

    ReplyDelete
  2. Along, thanks for the tips.. baru teringat kak rose ada pengukus spt no3 tu... leh masak nasi n kukus ayam sekali gus... tp x pernah guna pun! nak kena selongkar store balik nih!

    ReplyDelete
  3. Wat a useful post, truly helpful for many of us..

    ReplyDelete
  4. waaahh...byknya jnis steamer. bkilat gitu smpai boleh nampak reflection...siapakah photographer yg kelihatan kt steamer itu, hik! hik! hik!

    Tips yg sgt bagus Along! yg steamer guna kuali tu nti boleh la try utk short steam kan... tq for sharing, Along. :)

    ReplyDelete
  5. maceh for the tips along..
    erkk?...nak pengukus tu jugak..cantik,berkilat,berseri2 arrrrrr

    ReplyDelete
  6. Assalam along cayang,toce3x for the useful tips muahhh

    ReplyDelete
  7. cantiknyaaaa pengukus2 mu itewww..paling x boleh blah jenis ke 4..hehehe..memang sempoi kan..di saat malas ngeluarkan pengukus,rasa nak kukus kuih muih pun gitu gak..haha..
    tapi pengukus no 1 serius cantik..along beli kat miri ke?kedai mana ek?kot2 nak usha..

    ReplyDelete
  8. Roz: Thanks for the tips. This is a very informative post.

    ReplyDelete
  9. Waaaaaaaahh Along, macam2 pengukus dia ada...adeeii kalau Ummi beli semua pengukus tu, alamat x tau nak letak mana, storage amat terhad kat dapur cumiiill Ummi tuh..huhuu...tp sungguh teruja tgk 2 pengukus yg di atas tuh....adeeehhh. Btw, thanks for the useful tips given...really appreciate it Along, muaaahhh!

    ReplyDelete
  10. tips yang sangat berguna.Hmmm kena cari pengukus cam along la..hehe

    ReplyDelete
  11. Hi Roz, wow! Looks very classy. Thought I was looking at a 5 star hotel's cooking things.
    I guess a good cook like a fisherman.....have the best equipment.
    I eat to live, not live to eat....so just tengok only.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
  12. amboi along..banyaknya pengukus kat rumah kamu..

    dari dulu nak tanya..liyana duk mana kalau kamu gi kerja?

    ReplyDelete
  13. along..
    bnyaknya steamer??
    good info n thanks 4 sharing..
    patut kuih2 n cake cantik2..
    sy belasah je..haha..
    kek hijau tu ada lagi? sedappnyaa..

    ReplyDelete
  14. Azatie,
    Wsalam. Peyuk dolu2 mmg best tebal & kualiti. Mak Along punya pun waktu Along kecik2 dulu sampai skrg pun boleh pakai lagi.

    KakRose,
    Periuk #3 tu Along selalu guna tanpa pengukus dia...bk jasa dah tu.

    Priya,
    Glad that you find it useful.

    Inaku79,
    hahaha boleh kasi adiah kat ina sbb nampak dgn teliti, Along ingatkan org takkan perasan ada photographer kat situ. Kalau boleh teka sapekah org tu, kita kasi adiah...hehe.

    Anymz/Kak Anim,
    Periuk Along tu sebenor nya dah lama sesangat berjasa. Nampak masih berkilat sbb Along polish setiap kali selepas pakai... sayang kan sbb bukan senang nak beli...hehe.

    Chik mimi,
    不客气 chikmi cayang...hehe.

    HaSue,
    Along beli #1 kat Boulevard Miri, demo takda kedai. Mahal giler, frust sbb pastu jumpa org lain jual lebih murah.

    Quay Po Cooks,
    You are welcome. Glad you find it useful.

    Wanieyra,
    Hasil kumpul2 dari mula kahwin sampai skrg...

    Ummi,
    Along bukan nya beli sekali gus, dari mula kahwin sampai skrg beli satu persatu. Jaga baik2 tu lah nampak macam baru. U r welcome...mmmuah2 tuk Ummi juga.

    CikManggis,
    Along paling suka #1 tu sbb masak tak comot.

    Uncle Lee,
    My equipments are for small portion only, cannot match the 5 star pro equipment...hehe. Thanks for visiting.

    KakIna,
    Along ni mata keranjang, tak boleh tengok barang2 tu terbeli pulak...hehe.

    FaraDean,
    Steamer tu ada fungsi masing2 sbb tu ler Along terbeli...hehe. Alamak kek hijau tu mana ada lagi sayang oi, dah bekulat hijau kalau ada pun...hehe.

    ReplyDelete
  15. aiiyyakkkkk hebat2nyer pengukus besannn... malu nak tunjuk kiter punyer... pengukus cap ayam ajerrr! hahahahaha

    ReplyDelete
  16. salam..puan roz..ayu nak tanya ckit..tiap kali guna kek yang kena kukus..kena ttp dgn aluminium foil ke?kalau kek cawan camne lak?

    ReplyDelete
  17. Hana,
    Pengukus cap ayam pun boleh buat kuih yg hebat2... sehebat ayam jantan...kehkehkeh

    Ayu,
    Wsalam. Kek dlm tin besar mmg kena tutup dgn aluminium foil sbb masa memasak lama & air senang berkumpul atas kek. Kek cawan masak tak lama & lagipun selalu nya kek naik mumbong jd air tak berkumpul atas kek, so tak payah tutup dgn kertas aluminium supaya kek boleh kembang melebihi paras cawan.

    ReplyDelete
  18. thanks puan..baru la ayu tahu..patut la...tiap kali wat kek je ..kek tu bantat..huhu,kdg2 give up pun ada...kalau buat puding guna pengukus pun kena ttp ke?pastu masa puding tu dah masak boleh keluarkan terus dari acuan ke masa tengah panas? cthnya:puding roti krimer..maaf banyak sgt bertanya..baru nak blajar guna pengukus...

    ReplyDelete
  19. Ayu,
    Tak payah ler berpuan2, panggil Along jer lebih mesra.
    Buat puding pun Along cadangkan tutup kalau tidak terlebih berair nanti. Kecuali buat ikan kukus, Along sengaja tak tutup supaya berkuah.
    Kalau buat puding karamel, elok keluarkan sewaktu masih panas. Kalau nak senang, kukus dlm mangkuk pyrex/casserole & terus hidangkan dlm bekas.

    ReplyDelete
  20. ok tq along..ayu sbnarnya..baru berjinak2 nak blajar masak ni..semua resepi rasa nak buat jew..tapi bila buat kek bantat..huhu,apepun tq tau atas info along..

    ReplyDelete
  21. Slm..Aii along,ieda pon guna pngukus No.1 tu...ieda gunakan utk kukus kek cawan tp sllu bantat! Mcmna ya cara nk kukus kek cawan? Penutup cawan tu perlu tutup ke time nk kukus tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ieda.
      Pada tekaan Along, bantat bukan sebab jenis pengukus tapi resepi atau pun cara membancuh. Tak payah tutup cawan tu sbb kita nak kek dia kembang mumbung. Kalau guna pengukus no.1 tu, gerenti air tak menitik ke atas kek.

      Delete
  22. Sapa2 yg tau mn nk bli periuk tuk wat putu bambu tlg gtau sy k.no tpn 0135400164(rosli)

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)