Reference

Thursday, October 2, 2014

Asam Keladi dgn Pucuk Lengkuas

 Simply delicious kampung style cooking... boiled yam stalk with young galangal shoots.... nice fragrant & tasty soup served with white rice, Sambal Belacan & Fried Fish!
**********************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Masak ala kampung camni amat menyelerakan... harum aroma serai & pucuk lengkuas, masam2 manis.... sedap sgt hirup2 dan makan dgn nasi, Sambal Belacan & Ikan Goreng panas2.... walaaa... tak sedor sepinggan licin sampai terlupa nak snap gambo... tinggal sejemput baru teringat....heheee.

Pucuk Lengkuas ni Along beli dari kakak yg cuci pejabat, dia tanam sendiri katanya. Kesian kat dia, selalu gak Along beli sayur dia. Teringat CikTie masak Asam Keladi dgn Pucuk Lengkuas dulu tu sedap sangat, so Along pun tak berlengah buat gak.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 ikat Keladi - siang, cuci & potong
Sejemput Ikan Bilis
1 bj Cili Merah - hiris
3-4 bj Cili Padi - ketuk
2 ulas Bwg Merah
1 ulas Bwg Putih
1 hiris Halia
1 ketul Lengkuas Muda
1 ikat Pucuk Lengkuas Muda
1 btg Serai - ketuk
1 Asam Keping
4 helai Pucuk Buas
1 helai Daun Kunyit
Garam

CARA2:
1. Rebus keladi sehingga empuk, tapis & buang air nya.
2. Masukkan kesemua bahan2 & masak sehingga menggelegak & sebati rasa.
3. Siap!

Pucuk Lengkuas Muda

No comments:

Post a Comment

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)