Reference

Sunday, November 2, 2014

Daging Dendeng Balado

 I love this scrumptious Indonesian dish... tasted once from a friend so now trying it myself. I think I got the taste right with a balanced sourish fresh chilies which are coarsely pounded. It goes perfectly well with hot rice and I didn't need anything else for lunch....!


BAHASA MALAYSIA VERSION
Sedap banget masakan Indonesia ni..... suka.... sukaaa.... Sekali makan memang nak lagi.... Pertama kali makan dari kawan so nak lagi kena lah cuba buat sendiri. Alhamdulillah, menjadi juga - rasa sambal cili nya mesti pedas2 masam sedikit.... waduh.... kecur! Cili tu kena tumbuk kasar & bila di masak akan layu... Along suka betul makan sambal cili tu kena pula dgn daging yg di goreng rangup..... aduh tak nampak orang lain dah!

Resepi ni Along cuba2 sendiri.... google punya google takda yg berkenan 100%, kena lah godek ikut tekak sendiri.....

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
~500g Daging Lembu - hiris senipis mungkin, gaulkan dgn Garlic Salt, Onion Salt, 1 st Serbuk Kunyit, 1st Serbuk Ketumbar, Jus Limau kasturi 1 biji 
7 bj Cili Merah - potong 2 cm & tumbuk pecah2 jangan hancur 
6 ulas Bwg Merah*
4 ulas Bwg putih*
1cm Halia* (* tumbuk lumat) 
1 st Asam Jawa - ramas dgn sedikit air 
1 sb Cuka
1 st Gula
Garam
3-4 sb Bwg Goreng

CARA2:
1. Goreng daging dgn minyak dalam sehingga garing.
Toskan & tumbuk2 utk melembutkan nya.
2. Panaskan sedikit minyak dari lebihan gorengan daging tadi & tumis bahan2 tumbuk* sehingga wangi & kekuningan.
Masukkan cili merah, asam jawa, cuka, garam & gula.
Goreng sehingga cili layu & masukkan daging.
Masak sehingga sebati rasa.
Masukkan bawang goreng & kacau 2-3 minit lagi sebelum api di padamkan.
3. Hidangkan dgn nasi putih... sedap gak ratah2....hehe.

2 comments:

  1. Wah.. bleh lah cuba lepas ni.. nampak sedap dan simple nak masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab menumbuk daging tu mencabar ler sikit.... mau tercabut tangan kalau sekilo....hehe

      Delete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)