Search my Blog

Monday, August 31, 2015

Overnight Oats - Three Delicious Ways


Simply delicious breakfast and healthy too! No sweat and ready anytime you need it in the morning! You can create any flavor you like according to your taste and creativity. A small jar is filling enough and ensures low calorie intake... I took it every other day and in one week I lost 1 kg weight easily! In this posting, I made three different flavors and they are all awesome!


Carrot and Walnut topping

By: Roz@HomeKreation
BASE RECIPE FOR ONE SERVING
1/3 cup Rolled Oats
1 tbsp Chia Seeds
1/4 cup Milk
1/4 cup Greek Yoghurt (I tried other yoghurt and not as nice as Greek Yoghurt)

METHOD:
1. Place above ingredients in a jar in the order of the list.
2. Place chosen topping on top and cover jar with lid.
3. Chill the jar in fridge overnight and ready anytime in the morning.

A. CARROT TOPPING:
Place in order: 1 tbsp maple syrup / honey, cinnamon powder, shredded carrot, walnuts /other nuts

B. BLUEBERRIES TOPPING:
Place in order: 1 tbsp blueberry jam, fresh/dried blueberries, walnuts / other nuts.

C. STRAWBERRIES TOPPING:
Place in order: 1 tbsp honey, 2 tbsp chocolate ganache, fresh strawberries, 1/2 tsp cocoa powder, walnuts / other nuts.

Blueberries and Walnut topping

BAHASA MALAYSIA VERSION
 Sarapan yang sebegini tak berapa sinonim dengan selera orang Melayu Malaysia sebab tekak kita kan lebih gemarkan yang pedas2 dan kalau sarapan mesti kena penuh sepinggan baru kenyang.... (ini Along lah yang camni.... heheeee.... tapi rasa nya ramai yang cam Along gak kan....). Tapi kan... bila Along cuba resepi ni.... bukan Along jer yang kata sedap.... hubby & anak2 pun suka. Along ada juga buat untuk tetamu yang bertandang dari Miri dan mereka semua pun kata sedap.

 Walaupun nampak sedikit tapi perut rasa penuh dan kenyang, tak makan yang lain pun ok. Yang best nya, bila tengahari dapatlah makan tepat waktu tanpa lengahkan.... selalu tu sengaja lewat2kan lunch atau skip terus sebab masih kenyang. Along buat ni selang-sehari selama seminggu dan dapat lihat hasil nya... berat badan turun sekilo dan perut pun kempis slim....heheee.

 Along buat tiga perisa kali ni.... ada gak Along dah cuba perisa lain tapi takda lak amik gambo.... nanti lenkali bila ada mood nak snap gambo lagi leh lah tunjuk k.

Nak kasi tips:
1. Guna yoghurt Greek sahaja... kalau guna yg lain rasa nya amat kurang sedap (Along dah test). Yoghurt Greek ni tekstur nya lebih pekat dan rasa cam cheesecake pun ada dan amat kena dengan gabungan oats.
2. Guna rolled oats atau porridge oat... jangan ganti dengan instant oat sebab nanti rasa nya lembik... tu yang buat tak lalu nak makan oat tu nanti... Tengok gambo oat yg Along sudukan tu... masih berekeping2 cantik tapi lembut.

Strawberries, Chocolate and Walnuts topping

By: AlongRoz@HomeKreation
RESIPI ASAS UNTUK SATU BOTOL/SEORANG:
1/3 cwn Rolled Oats
1 sb Chia Seeds
1/4 cwn Susu
1/4 cwn Greek Yoghurt (jangan tukar yoghurt lain nanti tak sama rasa nya)
 
CARA2:
1. Masukkan bahan2 ke dalam bekas kaca mengikut aturan senarai di atas.
2. Masukkan topping kegemaran anda (lihat tiga cadangan di bawah).
3. Tutup bekas kaca dan simpan semalaman di dalam petisejuk.
4. Sedia untuk di nikmati pada waktu pagi nya
 
A. TOPPING KAROT:
Letak mengikut aturan: 1 sb maple syrup / madu, serbuk kayu manis, karot sagat, kekacang walnut.
 
B. TOPPING BLUEBERRIES:
Letak mengikut aturan: 1 sb jem blueberi, buah blueberi segar/kering, kekacang walnuts.
 
C. TOPPING STRAWBERRIES:
Letak mengikut aturan: 1sb madu, 2 sb coklat ganache, buah strawberries, 1/2 st serbuk koko, kekacang  walnuts.

Click photo for bigger view


6 comments:

  1. Suka yang strawberi topping tu. yum yum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn my son suka strawberi tapi buah tu masam sikit, Along suka blueberry... tapi Along lagi suka carrot sbb tak manis....hehe

      Delete
  2. nak buat gak nanti dpt bawa utk bekal. Thanks Along.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sue.... buat malam... pagi angkat jer bawa terus.... senang!

      Delete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)