Search my Blog

Wednesday, December 18, 2019

Kek Lapis Pandan Cadbury

 It has been quite a while not showing off my Kek Lapis (Sarawak Layered Cake)... Today I just baked one... which am preparing for our family away day this week end. My nephew requested for Cadbury Layered Cake whislt Pandan Layered Cake has always been most popular amongst my relatives. To please all, I simply combined both flavor into one instead of having to make two separate cakes.... clever eh... LOL.

For the recipe, you can translate from the BM version below.


BAHASA MALAYSIA VERSION
  Assalamualaikum buat yang sudi menjenguk blog Along yang dah usang ni.... Tetiba rasa nak update blog... Dah lama tak tayang kek lapis kat sini... Kebetulan harini Along baru jer siapkan sebiji kek lapis untuk bawa bekal Percutian Hari Keluarga hujung minggu ini. Ada yg minta buatkan Kek Lapis Cadbury tapi ramai lak yang suka Kek Lapis Pandan.... so senang cerita satukan jer dua2 tu jadi lah kek yang tertera hari ini.... heheee.... jimat waktu tak payah nak buat dua biji kek kan...!

Ini resepi fevret Along sebab kek lapis ini adalah yg paling simple bahan2 nya. Kalau tak percaya boleh bandingkan dgn resepi2 kek lapis yang Along pernah share sebelum ini tetapi hasil nya amat sedap tak muak dan kek yg lembab.

Kalau dah cuba jangan lupa ucap terima-kasih sebagai ucapan syukur kepada Allah ya.... insyaallah semuga kita semua dalam rahmat Nya.... aamiin...

psssst.... Along guna butter cap Anchor... Horlicks takda hentam guna Malt Emran (manis sedikit lah banding dgn Horlicks tapi warna kek lebih gelap).

KEK LAPIS PANDAN CADBURY
By: AlongRoz@HomeKreation
Hasil: 8.5" x 8.5"
BAHAN2:
450g Mentega
160g Gula Halus
10 biji Telur gred A
1 cwn Susu Pekat
200g Horlicks*
220g Tepung Gandum* (* campur)
Pandan Paste
1 bungkus Coklat Cadbury - cincang

CARA2:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang & putih.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil di pukul rata.
3. Masukkan susu pekat sambil dan di pukul sehingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan campuran tepung* sambil di putar perlahan.
5. Bahagi adunan kepada dua bahagian dan campurkan pes pandan ke dalam satu bahagian.
6. Ratakan 6 sudu makan adunan pandan ke dalam tin dan panggang sehingga keperangan. Ulangi bakar selapis demi selapis sehingga habis.
7. Lapiskan pula dgn adunan yg tiada warna sehingga habis. Tabur potongan coklat pada setiap lapisan ketiga.

1 comment:

  1. A Very Yummy Wonderful Recipe !!! WOW Nice Photos to See. I'll Definitely Try it. Thank You For Sharing.

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)