Search my Blog

Sunday, May 30, 2021

SOTO KAKI AYAM (Chicken Feet Soto)

  Scroll down to the bottom for English version

Salam sahabat2 semua. Musim PKP ni bagus sangat kalau sediakan masakan sendiri daripada beli dari luar. Tentu nya resepi yang mudah dengan bahan2 yg sedia ada dapat membantu anda untuk sediakan masakan2 yg istimewa untuk keluarga.

Maaf ya gambar cincai2 guna handphone, soto pon berterabur jer dalam pinggan tu sebab dah lapar sangat dan tak rancang nak masuk blog pon... tapi Along nak share juga sebab Soto ni guna rempah homemade tapi amat mudah utk menyediakan nya. Kaki ayam pula kumpul2 berlambak dalam petiais, buat sup memang sesuai sangat lah. Bagi yg tak gemar dgn kaki ayam boleh jer ganti dengan kerangka ayam.

Rempah soto ni Along tengok kat blog CheNom tapi kita adjust2 sikit ikut citarasa sendiri. TQ CheNom, Along suka tengok video2 CheNom yg mantap.

Resepi di bawah ni Along cuba ringkaskan seboleh nya supaya mudah nak rujuk, kalau tidak nanti takut panjang berjela pula. Kalau ada apa2 yg kurang jelas sila lah tanya ya.

Saiz hidangan: ~6 persons
A. BAHAN2 SUP:
2 dozen Kaki Ayam / Kerangka secukup nya (rebus / pressure cook sehingga empuk)
Rempah Tumis (Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis, Bg Cengkih, Pelaga)
2 sb Serbuk Jintan Manis
2 sb Serbuk Jintan Putih
1+ sb Serbuk Jintan Putih
2 st Serbuk Kunyit
8-10 ulas Bwg Merah*
5 ulas Bwg Putih*
3 btg Serai*
2" Halia* (* Kisar halus dgn sedikit air)
1 ketul Kiub Ayam
Garam

CARA2:
1. Panaskan sesenduk minyak & tumis rempah2 dan bahan2 kisar sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan air secukup nya (~2 liter) bersama rebusan kaki ayam / kerangka, kiub ayam & garam.
3. Didihkan dan reneh sehingga naik rasa.

B. BEGEDIL DAGING / AYAM
2 biji Kentang Russet - kupas - hiris tebal - goreng - tumbuk
~100g Daging / Isi Ayam - cincang halus - masak atas kuali sebentar sehingga masak
1 st Rempah Kari
Sedikit hirisan Daun Bawang / Sup
2 sb Bwg Goreng
Garam
CARA2:
1. Gaul kesemua bahan & bulat2kan.
2. Pukul sebiji telur bersama sedikit garam & lada sulah.
3. Celup bebola ke dlm telur & goreng sehingga masak.

C. SAMBAL KICAP
1/2 cwn Kicap Lemak Masin Manis
Segenggam Cili Padi Hijau
4 ulas Bwg Putih (bakar sebentar)
1 biji Limau Kasturi
-Blend semua sehingga lumat.

D. HIDANGAN:
Hidangkan sup soto bersama:
- Nasi Himpit
- Begedil Daging / Ayam
- Su'un Goreng
- Bihun
- Isi Ayam yg di goreng & di carik2
- Taugeh yg di celur sebentar
- Kacang Tanah goreng
- Daun bwg / sup
- Bawang Goreng
- Sambal Kicap (WAJIB ada!)



 This is my own version of Soto using chicken feet and using homemade Soto spice (Credit to CheNom for the guidance to prepare the spice). It is so easy to prepare especially with the aid of an instant pot - I managed to cut down the time to cook the chicken feet and the Nasi Himpit (pressed rice bags) by less than half the time of conventional stove cooking.


Serves: ~6 persons
A. SOUP INGREDIENTS:
2 dozen Chicken Feet / alternatively Chicken Frames (boil / pressure cook)
Mixed Spices (Star Anise, Cinnamon sticks, Cloves, Cardamons)
2 tbsp Fennel Seed Powder
2 tbsp Cumin Powder
1+ tbsp White Pepper Powder
2 tsp Turmeric Powder
8-10 Onions*
5 cloves Garlic*
3 Lemongrass*
2" Ginger* (* Blend with a bit of water)
1 pc Chicken Cube
Salt

CARA2:
1. Heat 1 scoop of oil and stir-fry all spices and blended ingredients until fragrant and slightly browned.
2. Pour in enough water (~2 liters) together with the boiled chicken feet / frame, chicken cube & salt.
3. Let it boiled and simmer until it tastes well.

B. MEAT/CHICKEN BEGEDIL BALLS
2 pc large Russet Potatoes - peeled - sliced - deep fried - pounded
~100g Minced Beef / Chicken - stir fry until cooked
1 tsp Curry Powder
Spring Onion / Celery - chopped
2 tbsp Fried Onions
Salt
METHOD:
1. Mix all ingredients and shape it into small balls & flatten it slightly.
2. Beat one egg + salt & pepper.
3. Dip the meat balls into the beaten egg & deep fry until done.

C. HOT BLACK SOY SAUCE
1/2 cup Soy Sauce (Sweet & Salty)
A handful of Green Cili Padi
cloves Garlic (roasted)
1 Kasturi Lime
-Blend all to mix well.

D. SERVING:
Serve the soup with the followings:
- Press Rice (buy the ready packs and boil per instructions)
- Meat / Chicken Begedil
- Fried Vermicili
- Meehoon
- Chicken Floss (Shredded fried chicken breast)
- Blanched bean sprouts
- Fried peanuts
Spring Onion / Celery - chopped
- Fried Onions
- Hot black soy sauce (MUST have)


2 comments:

  1. wahh sedapppnya..dah lama ngidam ni..tetibe arini pengasuh anak bg soto sempena bday suami dia..,mmg rezeki sungguh laaa

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)