Yang best nya dapat makan masakan Emak. Macam selalu Emak memang sibuk memasak makanan kesukaan anak2 bila kami balik. Along suka makan masakan kampung spt sayur Salang (takde kat Swk ni), Daging masak Lemak Minang, Rendang Merah Ayam, Jering & sambal Kuinin sambal tumis petai. Aisehmen punya syok bantai takde snap gamba lah pulak.
Tapi yang tak best nya balik kali ni, we all accident kat highway at Ipoh. Tiba2 je ada lori langgar dari belakang while tengah steady driving. Memang salah dia lah, kata nya brek tak makan. Alamak, ketaq lutut sebab terpaksa berenti tengah2 highway sebab bahu jalan di tutup dengan pengadang. Demi keselamatan anak2 we all beres je kes tu sebab tak nak dok lama2 kat situ. Takut kang kena ram dik lori2 yg laju gila.
Tak banyak shopping kali ni ada lah sikit2 buah tangan. Nampak biasa je tapi kat Sarawak benda2 ni susah nak dapat:
a. Ini Roti Totilla & Roti Pita wholemeal
So pagi ni breakfast kebab lah.
b. Baulu Coklat Urai
c. Rempeyek Kacang - nampak rangup lah pulak
d. Musim buah mangga, so beli lah nak kasi sedara-mara kat Sarawak ni :
e. Keropok ikan memang wajib beli setiap kali balik Semenanjung. Apek taxi pun dapat jugek sebungkus - cian dia fetch kita orang tengah2 malam. f. Dua bungkus Keropok Lekor, hadiah dari adik ipar bungsu. TQ ya Syuk adikku yang pandai bodek...hehe
g. Ingat nak bawa balik kerang banyak2 tapi kes malas nak mengopek. Tengok2 kat freezer Emak ada yang dah kopek tu rembat je bawak balik (caya tak kerang berkulit kat Miri ni RM8 sekilo) Part yang paling best on this trip ialah yang berikut nya....jeng...jeng...jeng....hahahaha aku dah berjaya merembat dua barangan ni:
New Toy lah - Sony Cyber-Shot untuk menggantikan Sony camera ku yg dah berumur 7 tahun tu....hehehehe. Harap2 nya gamba kat blog ni terang le sikit in the future....hehehe. TQ ya Darling hubby sebab belanja....!
No comments:
Post a Comment
Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)