Search my Blog

Sunday, June 14, 2015

Lempeng Lemantak Gula Merah


..... delicious and healthy traditional pancakes with all natural ingredients! Lemantak is local Sarawakian wet sago paste processed by Melanau ethnic and sold in daily open markets. It is used in making many kind of local delicacies, sweet and savory. This type of pancake that I made is a fusion of Sarawakian and Perakian style.... my late grandmother (from Perak) used to make Malay pancakes from pearl sago with white sugar filling and that's where I've got this idea to transform the unique Sarawakian ingredient into Perakian style pancake. I used palm sugar powder which is exclusive ingredients from Peninsular and the outcome is such a delicious, soft and springy pancake... even my Melanau husband was so impressed and had many of them in one serving!

Recipe is in BM, please ask for translation if you are interested in English version.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Mesti ramai pembaca dari Semenanjung tertanya2 apa tu "Lemantak".... Di Sarawak bahan ni memang bahan seharian dan mudah di dapati setiap hari di pasar2. Lemantak ni tepung sagu yg basah di proses daripada batang pokok sagu dan kebiasaan nya di buat oleh kaum Melanau. Bermacam2 jenis kuih dan masakan yg boleh di hasilkan daripada tepung Lemantak ni seperti aneka biskut, kuih-muih, masakan, Linut, dll. Kebanyakan kuih-muih dan masakan yg di hasilkan daripada lemantak ni unik dari Sarawak dan yg paling popular ialah Linut dan biskut Tebaloi. 

Lempeng yg Along buat ni pula ialah hasil gabungan resipi lempeng orang Perak dengan bahan Lemantak dari Sarawak.... fuuuuuu sedap nya.... kuih nya amat lembut, kenyal2 manja dengan lemak kelapa dan manisan gula merah sehinggakan suami Along (orang Melanau Sarawak) pon tak cukup sekeping.....heheee.


By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 cwn Lemantak
1/2 cwn Kelapa Parut
Secubit Garam
Gula Merah secukup nya 

CARA2:
1. Gaulkan Lemantak, kelapa dan garam sehingga rata.
2. Panaskan kuali leper dan ratakan sesenduk adunan seperti lempeng.
Taburkan gula merah & lipat dua apabila cukup masak.
3. Hidangkan sebagai sarapan pagi atau minum petang.

Fresh Lemantak

Cooking in the process


2 comments:

  1. salam singgah .. tak pernah dengar tepung ni bukan tepung sagu ke... rasa memang dah x ade dah kat sini.. huu..

    ReplyDelete
  2. Wsalam Wani. Along ada terangkan di atas tu, memang tepung sagu tapi yg masih basah.

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)