Hari tu Along bercuti di Taiping sebab nak tolong Emak uruskan perkahwinan my niece, Isniyati. Gambar kat atas ni gambar hari pernikahan pada 19hb Dec. Yang kat bawah ni pulak, gambo beramai-ramai semua anak2 & cucu2 Emak pada hari khenduri. Adat kami tak bersanding tapi buat pelamin tu cuma untuk bergambo kenangan bersama adik-beradik je. Ramai yg takde dlm gambo tu sbb dah petang, ramei yg keletihan dah lesap entah kemana.
Yang ni pulak, aksi gotong-royong buat Wajik. Best tau Wajik ni, lemak berkrimmm! Yang sebelah kiri tu Makcik Along, dia yg ketua buat kuih-muih tapi Along cuma sempat amik gambo wat Wajik je.Yang ini pulak, Along nak tunjuk hidangan meja pengantin yg di sediakan oleh adik lelaki Along, Ayed. Ayed ni umur baru je 20 tahun tapi terror pasal masakan & gubahan. Selain dari yg ini, dia juga sediakan hidangan pengantin yang lain : Bawal Sweet Sour, Udang Harimau & Ayam Golek. Sayang nya tak sempat nak snap gambo sebab bz giler ari tu.
No comments:
Post a Comment
Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)