Search my Blog

Tuesday, March 23, 2010

Sweet Potato Curry Puffs II


Asyik dok teringat nak makan karipap dah berapa minggu tapi asyik tertangguh. Nak buat apa2 pun kena tunggu hujung minggu baru ada kelapangan sebab hari2 biasa pulang kerja pun tak menentu masa, just cukup masa untuk masak makan malam. Keledek dalam peti ais tu dah berapa minggu, so balik kerja kelmarin, Along pun bertekad buat juga lah sambil2 masak lauk untuk dinner. Bila dah siap tak larat pulak nak pos gambar & blogging... lotih ler... Liana lak meragam sampai tengah malam takmau tidor.

Kali ni Along cuba respi Noreen untuk kulit - memang rangup. Maceh ya, izinkan Along kongsi respi tu kat sini. Untuk inti, Along memang suka inti keledek. Tengok sini untuk respi inti.

(Makes 25)
BAHAN-BAHAN:
500g Tepung
120gm Marjerin
- dicairkan
1 camb Shortening
160-170ml air 
1 st Garam

CARA-CARA:
1. Gaul kesemua bahan sehingga membentuk doh.
2. Bahagikan adunan kpd bola2 kecil.
Leperkan & isikan inti, tutup & klim.
3. Goreng dlm minyak yg banyak dgn api sederhana.

Simpan dalam bekas & fridge untuk goreng breakfast esuk hari nya. Tenguk lah karipap kita yg boncit2...pueh makan buat sendiri....hehe.

2 comments:

  1. Salam Along,
    Harap2 along sihat selalu..lama tak sempat nak melawat Along ni... si comel Liana buat ape tue? Auntie mai makan karipap mummy nie. hehe

    ReplyDelete
  2. Hi kak! hru doing? Mintak karipap cikit...

    pinch pinch Liana!!! :)

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)