Search my Blog

Monday, December 20, 2010

Ayam Panggang Lada Hitam

 AlongRiz ada kat rumah ni, hari2 masak lauk ayam. Abah dia beli 5 ekor ayam saja2 nak isi petiais tu, tengok2 habis dlm masa seminggu.... Ini half chicken yg terakhir, buat panggang untuk makan dengan nasi lemak malam ni.... Respi amik kat rumah besan kat Jepun...hehe sedap!
 By: Roz@HomeKreation
Source: hanamemories.blogspot.com

BAHAN2:
1/2 ekor ayam size kecil
*1/2 labu bawang putih
- parut
*2 inci halia
- parut
1 sudu besar lada hitam
- tumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis/pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
garam sedikit
minyak zaitun

CARA2:
1. Gaul ayam dgn halia,bwg putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam. 

Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. 
Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
 

2. Panaskan oven 180C. 
Curahkan minyak zaitun ke atas ayam (bleh tukar butter) dan bakar selama 1jam atau sehingga ayam masak. 
Setiap 20min jirus2kan air ayam yg keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Along buat Nasi Lemak dengan lauk Ayam Panggang, Sambal Telur Rebus, Timun & Tomato:

3 comments:

  1. waaaa bestnyer ade ayam panggang mamaroz buat! klu besan miri yg buat kompom lg best! terliur suda ni... mana cukop sebelah long..kami makan banyak! muahahaha... maceh long sudi try... lap lap u and liana bucuk bucukk...mmuahh!!

    ReplyDelete
  2. I'm totally drooling here kak! Can't describe how bad am salivating...hehehe!

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)