Search my Blog

Wednesday, July 29, 2015

Menu Biskut dan Kek Hari Raya Aidil Fitri 2015


 
Tahun ni pertama kali menyambut Hari Raya Aidil Fitri di KL.... tetapi seperti biasa kami balik kampung terlebih dahulu. Tahun ni giliran beraya di kampung hubby di Sarawak. So Along pun buatlah serba sedikit biskut dan kek buat buah tangan untuk mertua, emak di Taiping dan seorang dua sahabat. Tak dapat nak buat banyak sebab badan kurang sihat dan buat sorang2 tiada yg membantu, apa yg terdaya sahaja.
 
Minggu hadapan ada open house dan marhaban untuk surau residen kat condo ni, nanti Along update menu tu kendian lah ya. oklah, meh tengok menu biskut dan kek yg di siapkan tahun ni.... so kawan2 kalau berkenan boleh lah cuba next time ya.
 

1. Shortbread Manik
- Resipi Along dah kongsikan di sini.


2. Biskut Red Velvet
- Resipi Along dah kongsikan di sini.


3. Tart Nenas Tekan
 - Resipi Along dah kongsikan di sini.


4. Biskut Mama Carrie
 - Resipi Along dah kongsikan di sini.


 5. Biskut Cornflakes
 - Resipi Along dah kongsikan di sini.


6. Kek Lapis Asam Manis Evergreen
- Along kasi kat member yg ni.... Resipi Along dah kongsikan di sini.


7. Kek Buah Kukus
- Along kasi kat member yg ni.... Resipi Along dah kongsikan di sini.


8. Kek Lapis Red Velvet Cheese
- Along kasi kat mertua yg ni.... Lapisan nampak comot sebab belum di hiris. Resipi Along dah kongsikan di sini.


9. Kek Keju Lapis Coklat
- Signature recipe.... sorry tak boleh share resipi untuk mengelakkan ciplak.... nanti2 ada lak yg mengaku resipi turun-temurun tok nenek dia.... dah serik. Puan empunya tak kasi lesen untuk share, maaf ya.


10. Kek Kurma Butterscotch
- Ni buat hari Ahad baru ni untuk sedara-mara yg bertandang. Gambo tak sempat nak snap, so ni gambo amik dari entri dulu yg kat sini.


 11. Kek Lapis Belacan, Lumut dan Cheese
- Ni kek terbaru yang di perkenalkan oleh warga Sarawak.... sedap nya tak terhingga.... kek yg kaya rasa amat mengasyikkan. Tunggu lah bila free nanti Along buat entri nya ya.


 Aneka kek lapis Sarawak yang Along bawa balik dari kampung Sarawak untuk di hidangkan kepada tetamu.


Ni pula, sedikit bekal kek lapis Sarawak AlongRiz bawa ke pejabat belanja office mates dia.

7 comments:

  1. Selamat Hari Raya Along.....woishhhhh, banyaknya kuih&cakes.
    Makcik tak buat apa2 tahun ni...dah dok asyik kemas rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHR Makcik! Buat sikit2 tiap jenis, jadi byk gak. Kalau utk sendiri mmg tak rajin tapi thn ni beraya rmh mertua, kena lah rajin....hehe

      Delete
  2. asslmkm... nampak sedap la kek 3 rasa tu..kek lapis belacan lumut chesse... nnt share resepinya ye...

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tggu resepi kek lapis trio belacan lumut cheese tu. tak leh nak imagine lagi rasa nya sbb tersasar dek nama kek tu... hahaha

    ReplyDelete
  4. Asslmkum along....selamat hari raya maaf zahir dan batin.meriah kuih raya...ada lg kah..nk braya lok heheheh..😉

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)