Search my Blog

Sunday, August 23, 2009

Tepung Bungkus


Tertunailah Hasrat Hati... (hehehe pinjam Kak Ina punya phrase lak)! Dah lama tingin benda ni... Along reka2 buat inti tepung pulut hitam... kalau you all takde, pakai lah tepung pulut biasa cam yang selalu orang buat, ok.

Resepi agak2 je pun jadi...

(12 biji comel)
BAHAN2:
1/2 cwn Tepung Beras
1 kotak (200ml) Santan
Secubit Garam

TENGAH:
4 sudu mkn Tepun Pulut
2 sudu mkn Tepung Pulut Hitam
Air

INTI:
1/2 cwn Kelapa Parut
2 sudu mkn Gula Merah
2 sudu mkn Gula
3 sudu mkn Air
1/2 sudu mkn Tepung
1 helai Daun Pandan

CARA2:
1. Sediakan inti:
Panaskan air & gula sehingga larut.
Masukkan kelapa parut daun pandan, kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung & kacau sehingga kering.
Bulat2kan.

2. Tepung tengah:
Bancuh tepung pulut dgn air sehingga menjadi doh lembut.
Bahagi 12 ketul & balutkan inti kelapa.

3. Masak tepung beras & santan sehingga pekat.

4. Ambil sehelai daun pisang.
Letakkan seketul tepung pulut yg berisi inti kelapa.
Curahkan 1 sudu besar bancuhan tepung beras.
Balut seperti lepat.
Buat sehingga habis.

5. Kukus selama 30 minit.

7 comments:

  1. sedapnya... tapi kak e tak rajin untuk buatlah...

    ReplyDelete
  2. along...salam ramadhan...lyn dah privatekan blog atas sbb2 tertentu..tlg bagi email along kat katak_78@yahoo.com...tu pun kalo along still nak baca blog lyn..ehehehe

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Tx for the recipe.

    I made for iftar yesterday. The family loved it.

    Tinggal jauh dari M'sia, this kuih reminds me of my mum. Dia selalu buat kuih ni when were younger..

    Once again, thanks.

    Addie

    ReplyDelete
  4. Salam Kak E,
    Kat sana byk ada di jual, tak rajin boleh beli kan Kak E. long kat sini kalau tak buat sendiri tak merasa ler sbb kat Swk mmg takde.

    Katak Ayu,
    Wsalam Lynn. ok lah, nanti along kasi email along & stay in touch k.

    Addie,
    You are welcome. I'm glad you found the recipe & gave a try. It is not a difficult recipe kan.

    ReplyDelete
  5. Salam kenal dari kak gerau. Bestnya kak gerau tengok kuih tepung bungkus tu. kak gerau kalau buat dengan kak gerau terbungkus.

    ReplyDelete
  6. Kak geraugebang,
    Salam kenal dari Along juga. hehe kalau terbungkus bahaya tu... tapi kalau terbungkus dlm selimut best ler...hehe

    ReplyDelete
  7. bilalah rajin nak buat kuih ni...sedapnya...

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)