Search my Blog

Sunday, September 6, 2009

Biskut Kurma Arab

These are my third cookies for the coming Hari Raya. haha... also a new recipe that I've not tried before and hopefully taste alright. Will comment after tasting it tonite.

Yang ini pun dah rasa juga & sedap juga. Alhamdulillah, sekut pilihan tahun ini semua nya tak menghampakan. Ini pun resepi dari Diana FRD. TQ ya Diana... dah dua sekut celuk kat rumah Diana ni.

Resepi ni kita dah adjust jadi separuh bancuhan je, tu pun dah cukup sebab tak expect ramai tetamu.

(>120 biji)
BAHAN2:
150g Kurma - cincang*
50g Kcg Tanah - panggang & tumbuk* (*gaul)
120g Minyak Sapi
75g Mentega
100g Gula Aising
175g Tepung Gandum
250g Tepung Jagung
2 Kuning Telur

CARA2:
1. Pukul minyak sapi, mentega & gula sehinga kembang.
Masukkan kuning telur & tepung.
Gaul sebati.
(Along tak ikut cara ni. Along cairkan minyak sapi & butter & lepas tu baru gaulkan dgn bahan2 lain. Adunan nya agak kering, jadi Along tambah minyak matahari sehingga mendapat doh yg lembut).

2. Bulat2kan, leperkan & isi dgn kurma & kcg & bulatkan semula.
Susun dlm talam pembakar.
Bakar 160C 15-20 min.
Golekkan atas gula mesin.
Sejukkan sebelum di simpan dlm bekas kedap udara.

1 comment:

  1. Salam along!!! dah byk kukis dah along buat kita ni masih sloww lagi ehehe.. mncm bestlah along sekut arab niii.. jgn lupa letak resepinyer ya nak tgk bhn2nyer :-)

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)