Search my Blog

Tuesday, July 26, 2011

Cow Brain in Turmeric Broth (Otak Masak Lemak Kunyit)

 I'm sure many of you never tasted cow brain. It is my favourite since I was a kid. Every year when my father slaughtered cow for Hari Raya sale, he surely reserved the brain for me. There was one year I couldn't come home for Hari Raya during my student time, my father sobbed quietly thinking of me when my mum served the brain. So whenever I cooked this dish, I will surely think of my belated father.

My friend gave me the cow brain from the cow he slaughtered for his daughter's wedding. Apparently, the Sarawakian throw away the brain because they don't like it. I told them that it is very delicious. This is the way my mum cook the cow brain every year in thick turmeric broth. Warn you that 100g cow brain contain 2054mg cholesterol (compared to 100g beef which contains only 65g cholesterol) i.e 30 times more of its meat..... Anyway, I don't care..... the last time I ate cow brain was about 5 years ago.... so I'm fulfilling my crave here....LOL!
By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
Cow Brain from 1 cow
6 Shallots*
Some Chili Padi*
2 Green Chili*(*pounded)
1 tsp Turmeric Powder
2 Turmeric Leaves - sliced finely
4 Lemongrass - sliced thinly / bruised
1/2 pot Thick Coconut Milk
1 Tamarind Piece
Salt

METHOD:
Place all in a pot & stir all the time until boiled and the brain is cooked.
Serve with white rice.
*************************


BAHASA MALAYSIA VERSION
Otak Masak Lemak Kunyit
Lauk masakan kegemaran Along dari kecil, memang sedap sangat kalau dah suka. Pada yang tak suka makan baguslah sebab kolesterol otak ni 30 kali ganda daging lembu. Tapi bagi yg suka sangat macam Along ni, kita makan sekali dalam beberapa tahun jer. Bukan senang pun nak dapatkan otak lembu. Bab2 makan ni, selalu ikut tekak ler apa tingin hentam je lah, pikir diet kendian2....hehehe. Masakan lauk otak ni cara emak Along masak, memang tak pernah masak cara lain.
BAHAN2:
Otak dari seekor lembu
6 ulas Bwg Merah*
Sedikit Cili Padi*
2 biji Cili Hijau*(*tumbuk)
1 st Serbuk Kunyit
2 helai Daun Kunyit - hiris halus
4 btg Serai - ketuk atau hiris halus
1/2 periuk Santan
1 keping Asam
Garam

CARA2:
Masukkan kesemua bahan2 ke dlm periuk, kacau selalu sehingga menggelegak & otak masak sempurna.
Hidangkan dgn nasi putih.

15 comments:

  1. salam along,dah lamaaaaaaaa sangat akak tak makan otak ni tau..sedapnya..kalau nak keluarkan urat tu akak selalu guna lidi kelapa atau lidi satay..pastu celur dulu dgn air panas..lepas tu baru menggulai seperti biasa..itu cara org negori lah..kalau kat tempat akak selalu kitorang masak ni masa nak raya..sedap kan?..mmmm...sedapnya.

    ReplyDelete
  2. Wsalam KakAnim. Waaa.... mari2 KakAnim, sonok nya ada gang yg suka makan otak.... meh makan sama2. Along buang urat korek2 dgn ujung pisau jer, susah betul nak buang. Along tak celur pun, terus di gulai je. Memang waktu raya ler fevret ni.

    ReplyDelete
  3. As the Chinese says, eat what good for what.
    Eat brains good for the brains :)
    Go girl!! Eat your heart out on the brain.
    Once a while it's ok la.

    ReplyDelete
  4. Salam Roz, part lain semua akak makan,tapi yang ni belum lagi.Nak kena kuatkan semangat kalau nak makan ni.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Roz, akak x penah jumpa lg blogger yg msk part ni..akak belajar mkn otak ni selepas kawin, MIL suka msk & style masakannya pun sama mcm ni..rasa dia mmg lembut je kan...once a while apa salahnya lupakan diet tu kan!

    ReplyDelete
  6. salam kak roz...tak pernah pulak nampak otak dimasak camni...selalu kalau kt kg masak kari @ gulai...saya makan gak tapi sikit2 aje...

    ReplyDelete
  7. kegemaran arwah ayahanda Cm ni..sedapnya..terkenang...

    ReplyDelete
  8. Saya memang dari dulu tak makan otak (tak kisah lah otak apa2 pun, hehehe) sebab memang tak berani. Pastu bila baca tentang 'mad cow diseases', lagi lah terus takut sangat2.
    Butcher kat sini so far I pernah nampak diaorang jual otak kambing aje, so tiny :-).

    ReplyDelete
  9. mas tak pernah lagi makan otak lembu...
    rasanya mcm mana yerk along...
    nampak sangat menyelerakan la otak tu...

    ReplyDelete
  10. Salam Along...
    teringat masa buat aqiqah anak2 dulu.. jiran sebelah rumah awal2 dah kerjakan kepala lembu tu utk ambil otak & part2 yg boleh dimakan. Masa masak2 mlmnya tu.. tulang dibuat sup.. & otak tu pulak jiran bakar lepas dah perap dengan bumbu2nya.. tak tau pulak sy nak kena buang urat2 ye.. mmg tak tengok masa mentahnya sbb semua jiran tu yg buat.. (dia buat kat rumah dia then bakar kat rumah kami sbb ada juga bakar daging lembu utk mkn2 masa kenduri tu) adalah dia pelawa suruh saya rasa.. sy mmg tak pernah rasa.. tp ada juga keinginan utk merasa org kata biarpun sekali seumur hidup.. hehe.. memang tau otak punyai kolesterol yg sgt tinggi.. tp takpelah.. sy rasa pun sikit jer.. secubit jer.. hehee.. not bad rasanya mmg sedap kan along.. but.. tak boleh mkn byk dlm kepala dok fikir mcm2 & terbayang mcm2.. bukan sebab takutkan kolesterol.. hhahahaha... teruk betul kan.. hmm... tgk yg along masak tu nampak sedap.. mesti lagi sedap sbb dah sebati dengan pedas2 & lemak2 tu..

    ReplyDelete
  11. Along...kak cek tak penah makan dan tak penah masak pun otak lembu ni...mesti sedap kan...jakun tul kak cek ni...

    ReplyDelete
  12. Nostalgia.... itulah kisah lama sewaktu Arwah Abah ada...Mak dan bapak ini kalau tahu anak-anak punya fav food, memang tak tertelan kalau anak-anak tiada di sisi. Sekarang ini giliran kitalah pula melayari perasaan yang sama... sob...)Sekarang ini kalau jumpa otak lembu di pasar pun dah teringatkan arwah.... Al-Fatihah...

    Lang

    ReplyDelete
  13. x pernah makan... tapi ada pernah org melake bgtau masakan ni...Kak huda

    ReplyDelete
  14. Assalam. Gulai lemak otak lembu ni...kegemaran Arwah ayah..Jadi bila tengok blok ni teringat arwah ayah. Ibu akn masak kan ,, dan aya akn habiskan sorang2 dgn penuh nikmat..Kami org Johore,,, jd hairan kenapa abah mkn makanan yg unik ni.....baru tau. Rupa2 nya makanan org Minang,,,,Asal usul ayah ratusan tahun fulu mmng drpd Pagar Ruyung, Sumatra....Baru skrg aju faham. Makanan turun temurun .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ida. Bagi yg suka, lauk ni mmg amat special.... sama gak cam Along, teringat dgn arwah abah setiap kali makan ni....

      Delete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)