Search my Blog

Monday, May 18, 2015

Pai Linut Kastad (Custard Linut Pie)

 This is local Sarawak traditional pie but hardly found in the market nowadays. Even many Sarawakians of current generation not aware of its existence unless you are lucky then you might have local friend who share a piece with you.

I get to know this delicacy way back in early 90s when Lutong was not yet developed, lack of halal restaurant  and therefore our daily breakfast supply was from a trader van. In the late 90s when a new office building was completed with cafeteria, the trader van was not permitted to sell in the office compound anymore and ever since I never had this pie anymore. I've been looking for the recipe high and low to no success until my BFF sis Hanifah shared it in her FB recently. I'm so blessed to be able to fulfill my craves after such a long time....

The filling of the pie is made of custard pudding, prepared in traditional method like making gums. It is lightly sweetened and perfectly matched with crispy pastry. Fabulous as breakfast or any tea time snacks.



BAHASA MALAYSIA VERSION
Alhamdulillah, akhirnya pencarian resipi selama lebih 15 tahun di makbulkan Allah dan bertemu akhirnya dari BFF sis Hanifah dari Miri. Thank-you so much my best friend yang amat baik-hati dan izinkan Along berkongsi di sini. Semuga Allah murahkan rezeki beliau dan di beri kesihatan dan keberkatan... aamiiin.... luv ya!

Pai ni kuih tradisi Sarawak tapi akhir2 ni susah nak jumpa di pasar. Linut tu bahasa Sarawak dan maksud nya gam kanji tapi ini di perbuat daripada tepung kastad. Agak sukar juga nak buat nya dan perlukan kesabaran dan latihan sebab tiada sukatan terperinci. Along pun tokok tambah sana sini improvised sampai dah tak pasti sukatan nya lagi. Kena buat sekali lagi baru lah dapat sukatan tepat.

Kemanisan filling tu boleh adjust ikut selera tapi yg ini sedang elok bagi selera Along yg tak suka kuih yg terlalu manis. Tekstur nya tak tau nak cerita tapi tak liat seperti yg setengah pembaca bayangkan sebab guna tepung kastad. Sedikit kenyal tapi amat asyik bila di gandingkan dgn pastry rangup.

Kalau anda berani nak mencuba, Along kongsikan resipi asal yg di kongsikan oleh sis Hanifah ni ya; Along tuliskan lebih terperinci supaya dapat faham. Hati2 sebab nak dapatkan linut yang lutsinar tu agak sukar, tapi bagi orang2 Sarawak/Sabah/Brunei tentu pandai camna nak buat linut kan. Along sakit tangan hari tu, jadi hubby Along yg tolong kacaukan sebab dia kesian bini dia mengidam benda ni lama dah....hehehee baik nya suami ku.... mmmmmuah2.


By: AlongRoz@HomeKreation
Source: my best friend sis Hanifah Ibrahim, Miri
BAHAN2 PASTRI:
500g Tepung Gandum
150ml Minyak
~150ml Air Ais
1/2 st Garam
1 biji Telur - pukul sedikit untuk sapuan

BAHAN2 INTI LINUT KASTAD:
200g Tepung Kastad
100g Gula
Air Panas Mendidih

CARA2:
1. Gaul tepung, garam & minyak sehingga rata.
Masukkan air ais sehingga dapat membentuk doh.
2. Bahagi adunan kepada dua bahagian.
Gelek nipis setiap satu dan lapiskan tin pai dgn sebahagian doh.
3. Gaulkan tepung kastad & gula.
Bancuh dengan sedikit air, cukup untuk melarutkan nya.
Tuang air panas mendidih sambil di kacau sehingga mendapat adunan yg lutsinar seperti gam.
Sejukkan sebentar.
4. Isikan kulit pastry tadi dgn inti kastad linut.
Tutup pai dgn sebahagian pastry yang satu lagi.
Sapu permukaan pai dgn telur.
5. Bakar 180C selama 45 minit sehingga kulit pastry keperangan.

Ini rupa linut kastad yg dah siap dgn warna lutsinar yg cantik


12 comments:

  1. Salam Roz
    Never had the opportunity to sample this dessert while staying Miri. Nampak sedap. Thanks for sharing.
    xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Muna. It is plainly nice. Rarely found nowadays and am lucky to have a friend who is kind enough to share with me and all of you.

      Delete
  2. sekali pandang tekstur dalam macam kuih bulan pun iya....tapi memang nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus idea imaginasi Nasa tu. Mmg boleh buat inti kuih bulan atau pun kuih pau....hehe, tq

      Delete
  3. jarang dah jumpa kuih ni sekarang. dulu2 time tinggal kat miri zaman 90-an, puas makan.mmg sedap walaupun bahan2 dia simple saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang moden skrg tak minat nak buat kuih2 lama... saying kalau di lupakan kan.

      Delete
  4. zaman membesar di miri sekitar 80an ada merasa tp sbb masa ya gik mudak remaja...sik lalek gilak ..and I almost forgotten about this one till this entry ...tq Along ..will give this a try soon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah Nur... meh kita hidupkan semula kuih2 lama spy tak hilang zaman.

      Delete
  5. Sedapnyaaa!
    Tq sharing resepi ya!

    Jom kawal dengan kolestrol dengan PHYTOCOL ST!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

    ReplyDelete
  6. Hi Roz, such an interesting desert, will definitely try it out soon. I don't remember it when I spent my childhood in Brunei, but that was in the early 60s!!
    Maybe didn't exist then, thanks for sharing
    Regards

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mrs Singh, tq for dropping by. That was long time ago.... but nowadays it is also rare and almost forgotten... hope this entry helps to keep it alive.

      Delete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)