Search my Blog

Saturday, January 31, 2009

Doughnuts

Hari ni bangun pagi2 lagi dah nguli donat. Air liur kempunan dah meleleh-leleh berapa hari dah ni...pegi rumah ke rumah baru2 ni sume ada donat lak... Walau pun masak nasi lemak utk sarapan, buat juga lah donat ni utk lepas kempunan....huhuhu.

Along buat donat cuma bila balik kampung sebab demand memang tinggi. Selalu nya kalau buat tak pernah buat sikit, sekilo atau 2 kilo tepung, itu pun kekadang tak cukup you. Tak menang tangan nak menggoreng, angkat je terus kena serbu, hehehe.

Nak buat donat ni, sukatan tak perlu tepat, lebih kurang je pun jadi. Kat rumah sendiri tak pernah pun buat donat sebab "bahan2 asli" susah nak dapat kat Miri ni. Kat kampung, Along guna yis basah & hanya guna tepung gandum biasa tapi donut dia memang lembut sampai ke petang. Ini kes kempunan punya pasal, kita buat lah jugak tapi modify guna "bahan2 moden" seperti jenis tepung, yis segera & pelembut. Along buat tadi tu, Along agak2 je & lepas tu sukat supaya senang nak share resipi kat sini.

Lagi satu, bahan salut tu Along guna campuran gula & susu tepung supaya rasanya kurang manis tapi lemak2 gitu...

Here it goes.....

(15 biji)
BAHAN-BAHAN:
300g Tepung Protin Tinggi* (cun2 byk ni je yg ada)
60g Tepung Hong Kong* (* kat kampung guna tpg gandum biasa je)
2 sb / 30g Gula Kastor
½ st Garam
6g Yis Segera (kat kampung guna yis basah)
½ st Bread Softener (tak letak pun takpe)
25g Susu Tepung
15g Shortening**
15g Butter** (**kalau kat kampung guna majerin je)
½ biji Telur
+/-175ml Air Suam

BAHAN SALUT:
4 sb Gula pasir* - mesin & ayak
4 sb Susu Tepung* (*campur)

CARA-CARA:
1. Gaul semua bahan2 kering dgn shortening & butter sehingga berderai.
Masukkan telur & air suam sehingga menjadi doh yg lembut.
Uli sehingga licin.
Perap selama 30-40 minit sehingga naik 2x ganda.
(Tadi cuaca sejuk sbb musim hujan, jd Along masukkan ke dlm oven 5ÂșC).

2. Uli semula doh & canaikan.
Terap dgn acuan donut.
Kalau takde acuan, bulat2kan & cocok di tengah2 dgn jari & bentukkan spt donat.

3. Biarkan selama 15-20 minit sehingga mengembang.
Goreng sehingga keperangan.
Salut dgn campuran gula & susu.
Boleh juga di salut dgn coklat & manik.

2 comments:

  1. waaaa gebusssnyer donut tu.....suke...sukeee ada mase kita try ya..sbb br wat donut kan nnt bdn pon gebuss mcm donut heheheh

    ReplyDelete
  2. jadi juga donut tu akhirnya!! lepas kempunan yer...

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)