Search my Blog

Sunday, March 28, 2010

Bahulu Batik Mekar Kukus

Tengok Dayang Jack, Nor, Zana & ramai lagi berlumba2 buat apam mekar, Along pun teringin juga nak buat walaupun bab2 mengapam ni memang selalu fail. Tak sabar2 menunggu hari minggu & hari ni awal2 pagi dah bangun mengaduk benda ni.... hasil nya lihat lah... bukar mekar setaman tapi menggunung macam volcano yg nak meletup.... hehehe. Apa2 pun memang gebu & sedap.

Source: MR_Kak Fida (tq so much to Kak Fida & every ones for being inspiring)

(8-10 biji)
BAHAN2:
125g Tepung Gandum*
1 sk BP* (* ayak)
115g Gula Halus
1/2 sk penuh Ovalette
4 1/4 sb Susu Cair
1 biji Telur grade A
1/2 sk Esen Vanilla
1 sk Pes Coklat
(atau 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)

CARA2:
1. Pukul kesemua bahan2, kecuali pes coklat, sehingga pekat. 
2. Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
3. Bubuh adunan berselang-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
4. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
5. Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

Herewith in English as requested:
INGREDIENTS:
125g Flour*
1 sk BP* (* sift) 
115g Sugar
1/2 tsp Ovalette
4 1/4 tbs Milk
1 Grade A Egg
1/2 tsp Vanilla Essence
1 tsp Choc paste

METHOD:
1. Beat all ingredients, except choc paste, until thick. 
2. Divide into two portions & color one with choc.
3. Spoon into paper cups alternately.
4. Steam 10-15 min above big fire.

6 comments:

  1. gunung everest ke tu along? hehe.. tp ok la tu kan dr masam mencuka... :)

    ReplyDelete
  2. hi,

    Would appreciate if you can translate into English on this recipe as i would like to try out.

    Thank you.
    christine

    ReplyDelete
  3. Hi Christine,
    Thanks for the request, will do when time permits.

    ReplyDelete
  4. hai..
    cantiknya bahulu ni..tapi sy nak tanya apa maksud EV tu ek.

    ReplyDelete
  5. Anonymous (cadangkan anda letak nama timangan supaya senang sy nak jwb soalan),
    Dah update.

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)