Search my Blog

Saturday, August 6, 2011

Kuih Bom (Again)

 I made this for day 4 Iftar after returning from work and cooking dishes for the day. It is simple to make that I can get them ready before Iftar which was at 6.43pm. I posted this previously here and received very good response from many blogger friends who tried them. This version of mine guarantee that it does not explode while being fried, so safety is guaranteed. Adding sweet potato to it will make the dough texture not too springy (but still springy) and the outer part crispy - just perfect the way I like it. Moreover, the shape of the kuih stays firmly round & not flatten after being fried.
 This time I used read bean & lotus filling. For kuih recipe, refer here which is in English and see below for BM translation.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kuih ni boleh di sediakan dalam masa yg singkat. Walau pun Along pulang lewat dari kerja, sempat lagi nak sediakan kuih ni selepas masak lauk-pauk untuk berbuka & semua nya siap sebelum waktu berbuka 6.43pm. Along dah kogsikan resipi nya sebelum ni kat sini tapi dalam Bahasa Inggeris, jadi kat sini di kongsikan resipi dalam BM pula. Resipi dah ramai member blogger yg mencuba & berpuas hati sebab ianya tak meletup apabila di goreng (lebih selamat...!). Rasanya pula memang sedap sebab tak liat walaupun masih springy gitu (tak tau nak translate "springy"...hehe) dan rangup di luar....! Lagi satu keistimewaan resepi ni, kuih tetap solid molid, bulat jer tak penyet selepas di goreng.

Testimonial dari member2 boleh tengok kat sini: Hana, Ika, Yani (tak dpt nak link pulak), AmFlora, HaSue, Mamahawa, Chikmi, KakRose, Mokwo dan yang terbaru RabiatunInahar, ZanaSweetRose, Lemongrass, Ika (buat lagi), dan ramai lagi yang tak dapat nak trace.

Satu perkara yang Along nak sentuh, ni terutama buat blogger2 yg baru menceburkan diri (yg lama pun kena beringat tau), sila perhatikan Rule no.3 kat sebelah kanan pane ya. Anda di benarkan copy paste resipi yg di kongsikan dgn syarat mesti memberi penghargaan/rujukan pada tuan punya resepi atau sumber yg anda copy & paste. Tanpa rujukan pada sumber asal, itu di namakan CIPLAK. Along tak kisah nak kongsi resepi & ilmu yg ada, tapi kelakuan menciplak adalah tidak beretika dan tidak menghargai usaha dan niat baik orang lain. Dengan sedikit penghargaan anda akan mendapat lebih manfaat sebab anda akan di hormati dan menggalakkan kekawan mengongsikan resepi dgn lebih banyak lagi. Harap maklum dan maaf ya, bukan statement ni bertujuan utk mengecilkan hati sesiapa tetapi niat baik Along untuk mendidik masyarakat kita di Malaysia ini.

UPDATE: Bincang2 kat fb tadi bab ni, ada member yg komen pasal member2 yg walaupun buat rujukan kat mana resepi di ambil tapi link tuan punya asal di lenyapkan. Dengan itu apabila link di sebarkan pun, tuan asal nya dah di lupakan. Satu peringatan yang baik buat SEMUA BLOGGER termasuk lah Along sendiri. Kekadang tu kita copy link sumber yg kita ambil resepi tapi nak trace balik tuan punya tu kena usaha lebih. Oleh itu, di sarankan semua blogger buat rujukan sumber & juga tuan asal untuk memudahkan kpd semua. Amacam setuju semua....?

Bilangan: 12 biji
BAHAN2:
80g Keledek
- kukus & lecek
120g Tepung Pulut
20g Tepung Gandum
35g Gula Kastor
Secubit Garam
100ml Air
Biji Bijan
- utk salut 
Inti Kelapa / Kacang Merah/Hijau

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan & inti) sehingga sebati menjadi doh lembut.
Bahagikan kpd 12 ketul.
Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut & bulatkan.
Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih.
Ulang sehingga habis.

2. Goreng dgn minyak yg dalam sehingga garing.
Enjoy!
 

16 comments:

  1. Salam alonggg! jalan2 pagi2 ni alongggg hihihi...mmg the besttt recipe bom along nii! kita suke!!! kita ajerr yg jahat sikit guna bijan hitam hihihi...

    ReplyDelete
  2. salam along.. kuih ni ita tak pernah buat.. yea dapat idea nak buat kuih apa nanti.. thanks ye share

    ReplyDelete
  3. Excellent recipe are very nice surprise, I like your recipes blessings and hugs.

    ReplyDelete
  4. Kuih Bom yg sgt cantikkkk...mulat2 comel....:)

    ReplyDelete
  5. Salam Along...
    rasanya lagi bagus kalau tak meletup kot kan. karang terpercik minyak panas pulak. hehe.. kuih ni memang sedap ni... lama tak makan. :)

    ReplyDelete
  6. salam sayang along.. nk kene cuba kuih along ni.. step pertama beli keledek dulu eh.. huuu.. suka kt warning along.. skrg ni mmg yk blogger yg camtu.. buat2 lupa ambik kt mn..mmg dah jadi amalan kehidupan harian diaorg agaknya.. suke angkut hak org lain.. smga dibulan baik ini mereka berubah.. tak leh komen byk2.. @#$@!%^&%$.. hihihi... sayang along n miss liana..

    ReplyDelete
  7. Salam.......

    Yang Lang ingat kuih ini dulu dikenali sebagai ondeh-ondeh, tapi macam mana kuih tradisi ini boleh bertukar nama jadi kuih bom! Agaknya Jepun tercelaru bila tengok kuih ini disangkanya bom... he-he-he. Kalau nak dikatakan, rata-rata kuih ini memang ramai yang tahu buat tapi kelainannya datang pada inti tu... lagi kaw-kaw inti lagilah sedap kuih ini.... bedebom!!!! ;)
    OXOXOXOXO


    Lang,

    ReplyDelete
  8. cantikk kuih bom along tu...
    mas suka kuih tu..
    tapi tak pernah buat sendiri..
    selalu beli jerk..
    ambik resepi along ni yerk..
    boleh try buat nnti...

    ReplyDelete
  9. Along..slm buat cheese pudding resepi along tu..mmg sedap, lemak berkrim..tq ye!

    ReplyDelete
  10. nmpak cantik bijan tu lekat,nak cnp jg la..tq. :)

    ReplyDelete
  11. sedapnya, saya dah salin resepi. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  12. Kuih bom Along ni letak keledek...kelainan rasanyakan berbanding kuih bom biasa.
    setuju dgn kenyataan Along ttg link/refer pemilik asal resepi....bagilah kredit sikit pada empunya resepi yg telah memperkenalkan sesuatu resepi. ada sesetgh blog tak letakpun pemilik asal resepi..tp tulis ambil dr internet saja..

    ReplyDelete
  13. Angkat playcard sangat SETUJU harap-harap paham lah rules tu kan bukannya susah pun
    Thanks along resepi ni menjadi pojaan hatiku cayang along muah

    ReplyDelete
  14. salam along..akak mmg setuju 100%..tak patut dilupakan org yg terdahulu..xde lama...xde yg baru...kdg2 sebut nama blog yg latest je..ikut jln pintas je mereka2 ni...kdg2 x faham perangai setengah2 org ni kan.
    along cantik nya bulat kuih bom along ni..

    ReplyDelete
  15. Salam Along..
    I'm a silent reader of your blog.

    trima kasih for sharing this resepi.
    akhirnya terbuat jugak kuih bom ni !
    sedap dan senang, ramai yg puji dan rasa tak cukup, pasti buat lagi.

    this is a keeper :)

    ~ Ddah

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)