Search my Blog

Monday, September 5, 2011

Kek Lapis India (Cadbury Layered Cake)

 Assalamualaikum & hello there....! Feel like a long time since the last entry before Hari Raya.... Well, Hari Raya mood is still at peak until the next 2-3 weeks before Syawal ends.

Although I'm still on holiday mood, sharing herewith a cake that I made earlier.... enjoy! Wanna know how it tastes, just drop by at my house as there is still plenty...hehe.
Thanks to Oniey & recipe owner for sharing this nice cake.

By: Roz@HomeKreation
Source: Oniey
Original by: Kak Deeyanas
Translated into English by HomeKreation
(Recipe slightly adjusted)
Size: 8½" square
INGREDIENTS:
450g Butter
250g Sugar
10 Eggs
100g Grinded Marie Biscuits
65g Baby White Nestum
120g Flour
1 packet (50g) Coconut Milk Powder
8 tbsp Condensed Milk
2 packs Mini Cadbury Chocolate

METHOD:
1. Beat butter & sugar until fluffy.
Add in egg one by one while beating.
Mix in marie biscuit, nestum, flour; gradually until well mixed.
Add in coconut milk powder & condensed milk.

2. Spread 6 tbsp into a tin & grill until top is golden brown.
Repeat layering and arrange Cadbury chocolate on every third layer.
Cool cake before slicing.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kek lapis untuk yang suka rasa coklat.... Terima-kasih kepada Oniey & tuan punya resipi kerana sudi kongsi resipi yg enak ini.

Source: Oniey
Original by: Kak Deeyanas
(Resipi di ubahsuai sedikit & di taip semula utk mudah rujuk)
Saiz: 8½" persegi
BAHAN2:
450g Mentega
250g Gula
10 bj Telur
100g Tepung Biskut Marie
65g Baby White Nestum
120g Tepung
1 bungkus (50g) Serbuk Santan
8 sb Susu Pekat
2 bungkus Kepingan Coklat Cadbury

CARA2:
1. Pukul mentega & gula sehingga kembang.
MAsukkan telur satu-persatu sambil di pukul.
Masukkan biskut marie, nestum & tepung, sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan santan & susu pekat.

2. Ratakan 6 sb adunan ke dlm tin & bakar dgn api atas sehingga keperangan.
Ulangi lapisan & susun kepingan coklat di setiap lapisan yg ke tiga.
Sejukkan sebelum di hiris.


16 comments:

  1. Salam Along, nak kena tempah tiket AirAsia ni nak gi try kek lapis india.At least tak payah gi ke India kan!

    ReplyDelete
  2. Along, I love your blog! hehe. The recipes are simple fab. Just wondering, kalau tak pernah buat kek lapis ni, susah tak nak buat? I Love love love Kek Lapis Cadbury...

    ReplyDelete
  3. as salam .. nak tanya kadar suhu dan masa untuk membakar setiap lapis tu .. kak zue AS

    ReplyDelete
  4. PuanRos,
    Wsalam. Cepat lah Kak Rose beli teket, bukan nya jauh Miri banding dgn India kan...hehe

    Sumaiyah,
    TQ dik. Kalau minat takda lah rasa susah sgt nak buat kek lapis ni. Perlukan kesabaran nak membakar selapis2 tu.

    KakZue,
    Guna oven function "Grill" atau setting api atas - takda suhu tertentu & berbeda setiap oven. Sebagai panduan, lebih kurang 200-240C atau suhu maksima pd oven anda. Awas, jangan gunakan function "bake" yg biasanya di gunakan utk bakar kek biasa sbb kek anda nanti jadi keras kejung!
    Nak bakar kek lapis kena mengadap oven & lihat sehingga permukaan nya keperangan & oleh itu tak guna masa atau timing tertentu. Sebagai panduan (berbeda mengikut jenis oven), lebih kurang 2-5 minit setiap lapisan. Keseluruhan kek mengambil masa +/-2jam.

    ReplyDelete
  5. OMG.....love this but...tak pernah boleh buat kurang kesabaran SELAMAT HARI RAYA buat ALONG SEKELUARGA MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
  6. adoiii teringin betui nak merasa sbb tgkkan ade coklat tu...teringin jugak nak buat tapi mengenangkan masa yg perlu dihabiskan mengadap oven tu,terbantut hasrat hihihiii

    selamat hari raya aidilfitri utk along sekeluarga. maaf zahir dan batin :D

    ReplyDelete
  7. saye ada soalan? coklat ni tak cair ke? lpas je adunan yg ke-3 tu masak trus letak coklat n lapiskan lagi lapisan seterusnye ke??

    ReplyDelete
  8. Jika tak keberatan boleh cadangkan oven brand apa ye?Kebetulan oven elektrik saya dah guna 20 tahun lebih,saya teringin nak beli baru yg boleh bakar/gril kek lapis.tq

    ReplyDelete
  9. Aini,
    Maaf ya, tak pandai Along nak rekmen beli oven brand apa. Oven yg Along gunakan dah berbelas-belas tahun umur nya, brand Moulinex (tak pernah nampak dah di pasaran sekarang ni). Nak pilih oven untuk buat kek lapis cuma pastikan ada function "grill" atau api atas sahaja.

    ReplyDelete
  10. tqvm...insya Allah akn cari nanti

    ReplyDelete
  11. Salam. Kak Alongroz, suka baca komen2 dari pembaca blog akak. Banyak juga tips yg Kak Alongroz kongsikan.. Nur pun memang teringin nak mencuba. Nanti akak jadi pakar rujuk Nur ye.. (sekarang ni cuma jamu mata je.. ) Nak sepotong.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Nur,
    Wsalam. Insyaallah Nur, Along akan cuba tolong jika Nur nak cuba buat. Tapi kek ni dah lama masuk peyut tak dapat nak potong lagi dah....hehe.

    ReplyDelete
  13. salam..blh x kalau saya pakai stim jea?atau kena bakar jugak?

    ReplyDelete
  14. Nak tanya biskut marie atau tepung biskut marie digunakan.dan santan 2 kta bancuh guna air banyak mna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norzainulnizah,
      Tepung biskut marie tu maksud nya biskut marie yg di mesin jadi tepung. Serbuk santan tu tak payah bancuh dgn air, terus campur ke dlm adunan seperti tertera dlm resipi.

      Delete
  15. akak,yg nestum tu pakai nestum baby tu ke..yg kita kasi baby makan tu ye..kalau tak pakai oven takpe ke kak,just pakai pengukus sbb kat umah ni ada microwave,susah nak pakai la microwave ni..

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)