Search my Blog

Thursday, November 10, 2011

Nasi Bukhari

 Sharing another menu that I prepared for Raya recently. Quite a preparation due to long a list of ingredients but I'm not complaining since it was for a special occasion and during a long weekend.
I'm posting the recipe only in BM since it is a long one and am having neck pain again at the moment. If anyone needs it in English, please shout & will find time later to do so.
*****************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Sesuai di hidangkan pada hari2 tertentu seperti hari raya atau jamuan khas sebab rasa yang kaya dengan berbagai bahan.

Source: Majalah Rasa
Resepi telah di ubahsuai & menggunakan sukatan cwn/sudu (resepi asal menggunakan gram)
Saiz Hidangan: 5-6 orang
BAHAN2:
3 cwn Beras Bhasmati (guna cwn utk menyukat beras) 
3 cwn Air
1 cwn Susu Cair (Evaporated) 
1/4 cwn Tomato Puri
1 sudu mkn Serbuk Jintan Putih
1 sudu mkn Rempah Kari Daging
100g Gajus - tumbuk halus 
2 biji Tomato - belah 4 
1 biji Bwg Besar
Daun Pudina
1 helai Daun Pandan
1/4 cwn Minyak Sapi
Gajus Goreng & Bwg Goreng utk hiasan
BAHAN KISAR:
5 ulas Bwg Merah
2" Halia
1 sb Jintan Manis
1 sb Jintan Putih
1 keping Kulit Kayu Manis
5 biji Buah Pelaga

CARA2:
1. Basuh beras & tapis.
2. Panaskan minyak sapi & tumis bhn kisar sehingga wangi.
Masukkan tomato puri, bwg besar, serbuk jintan, rempah kari & kacau sehingga garing.
Masukkan gajus & masak seketika.
Masukkan air, susu, tomato & beras.
3. Masukkan ke dlm rice cooker & masak seperti biasa.
Taburkan daun pudina & daun pandan apabila mendidih.
Biarkan sehingga masak.
4. Tabur bawang & gajus goreng sewaktu menghidang.
Hidangkan dgn lauk dan sayur acar.

11 comments:

  1. Along...
    Menarik resepi ni...boleh gak kak cek cuba nanti...

    ReplyDelete
  2. salam along...

    lapar kamek nanggar nasi bukhari tok...lamak sik molah...adehh...maybe next month la nk molah juak sempena besday anak kamek.

    apa2pun, semoga ktk sihat2 jak n ceria selalu... :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum along cayang lamaaanya tak makan nasi bukhari ni

    ReplyDelete
  4. CikCek,
    Silakan CCek. Dah cuba nanti hantor balik ke sini seperiuk ya...hehe

    DJ,
    Wsalam. TQ doa kitak buat kamek tuk. Sik sabar maok nanggar nasi bukhari kitak, sure nyaman owh.

    ChikMimi,
    Wsalam. Meh lah Along masakkan utk Chikmi ya, beli teket kterbang dulu ya.

    ReplyDelete
  5. Salam Along

    Thanks for the recipe...

    saya selalu ada masalah bila memasak nasi baik beriani, minyak atau tomato menggunakan rice cooker..sebab belum sempat nasi kering n masak rice cooker dah jadi warm mode no more cooking mode....( saya selalu kena continue masak atas stove or by steaming)diharap along dpt beri saya tunjuk ajar n petua...

    thanks along

    Raina

    ReplyDelete
  6. salam along.
    buat nasi bukhari ke raya tu hari?.akak tak pernah lagi buat nasi bukhari ni tau.dulu pernah gak org mintak akak buatkan tapi tak berani.ni bila dah ada resepi bolehlah akak try.thnx ya along.

    ReplyDelete
  7. Raina,
    Wsalam. Dulu Along pun ada masalah yg sama, tapi selepas Along beli rice cooker yg baru takda lagi masalah tu. Rice cooker lama Along tu yg simple satu butang satu function jer. Yg baru ni jenama Kenwood dan ada dua butang satu untuk rice & satu utk porridge. Yg peyuk lama tu akan keep warm bila overheated, itu lah masalah nya walhal air nasi belum pun kering dan masih mentah. Along takda petua lain, mungkin Raina boleh cuba dgn rice cooker yg lain.


    KakAnim,
    Wslam. Ya lah KakAnim menu raya aritu, ulangtayang jer ni. Tingin nak rasa Nasi Bukhari, belek2 majalah Rasa ada pula respi nya. Ada lagi satu versi drpd Majalah Rasa juga yg lebih simple. Nanti Along nak cuba yg versi satu lagi pula tapi lambat lagi lah pula sbb baru jer makan nasi ni. Tak leh makan selalu2.... tak larat nak jogging...hehehe

    ReplyDelete
  8. Assalam Along, ooo kat sini pun ada nasi bukhari..tadi kita singgah kat dapur knur pun ada juga nasi ni..bolehlah rasa sikit sana sikit..

    ReplyDelete
  9. Looks super flavourful,makes me hungry.

    ReplyDelete
  10. mintak sepinggan along.. malas saya sedang bermaharajalela ni.. huuuu

    ReplyDelete
  11. banyak jugak bahan bahannya ni tapi memang berbaloi jika masak nasi yang berperisa begini..anak anak semuanya suka:)

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)