Search my Blog

Thursday, May 30, 2013

Sambal Dabai Jeruk & Ikan Salai

 Sarawak authentic fruit.... Dabai is one of a kind... I've created a new dish by combining smoked fish and Dabai into West Malaysian Style Sambal.... it was really an appetiser for my breaking off fast today!

Smoked Fish (Ikan Duri Salai)

BAHASA MALAYSIA VERSION
Alhamdulillah, selamat berbuka puasa untuk hari ini.... ini selera kampung jer tapi syok nyaaa.... ada pula Ulam Mangga Muda cicah Sambal Tempuyak.... walaaaa... tak yah lauk lain dah!

Along rekakan lauk hari ini mengikut selera sendiri.... Jeruk Dabai dan Ikan Salai Masak Sambal! Orang Semenanjung memang suka masak cili pedas camni.... bagi kekawan dari Sarawak boleh lah mencuba juga ya, sangat meyelerakan.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
Seketul Ikan Salai - di siat2kan 
15 ketul Dabai Jeruk atau Dabai Fresh yg sudah di lembutkan
1 ulas Bwg Putih - tumbuk 
1 bj Bwg Besar - hiris nipis 
10 sb Cili Mesin
1 sb Air Asam Jawa
Garam, Gula

CARA2:
1. Panaskan sedikit minyak & tumis bwg putih & bwg besar sehingga layu.
Masukkan cili mesin & kacau sehingga wangi.
Masukkan air asam, garam & gula; kacau sehingga mendidih.
Masukkan ikan salai & buah dabai.
Kacau sehingga rata.
2. Hidangkan dgn nasi putih panas.
 


5 comments:

  1. Nyum nyum...jeling jak dabei n salai ya..

    ReplyDelete
  2. As salam Along...buah dabai dah bermusim ke ...terasa cepat nya...hehe sedap buah dabai rendam sekejap dgn air panas pun dah sedap.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tengok apa lagi makan dabai ni.Insyallah jika pi sarawak Cm akan cari buah dabai ni hehe

    ReplyDelete
  4. Ya Allah nang nyaman tok eh dapat nasi panas..

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)