Search my Blog

Monday, June 3, 2013

Timun Dayak & Ikan Salai Masak Asam Rebus

 A typical kampung dish..... local melon and smoked fish cooked in spicy sour broth.

Timun Dayak
BAHASA MALAYSIA VERSION
Alhamdulillah dan terima-kasih kepada sahabat yang selalu mengingati Along dan berkongsi rezeki dari kebun kecil nya. Along pun pertama kali mencuba sayur Timun Dayak ni, adalah lebih-kurang macam Timun Sayur Air kat semenanjung tapi beza nya kulit yg ini agak nipis dan lembut. Sedap di masak rebus asam ala masakan kampung. Lain kali Along nak cuba masak lemak cili api campur ikan kembung pula, tentu sedap! Ada pula Sambal Tempuyak dan ulam Mangga Muda (petik dari pokok belakang rumah)... walaaa... selera nya makan nasi!

Ulam Mangga Muda cicah Sambal Tempuyak
By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 biji Timun Dayak - kupas kulit & hiris
Seketul Ikan Duri Salai
2 biji Cili Merah
Cili Padi
3 ulas Bwg Merah
1 btg Serai - di ketuk
2 Asam Keping
Garam

CARA2: 
1. Masukkan kesemua bahan2 ke dlm periuk bersama air secukup nya.
Rebus sehingga menggelegak & timun empuk.
2. Hidangkan dgn nasi putih.



4 comments:

  1. Nyummnyumm..rindu nya ngn lauk cam tok...mak kmk suka masak cam tok :-)

    ReplyDelete
  2. Kami yang tengok dah berselera juga.. :) Tq kak sebab wish Nur.. Sayanggg akak.. ♥♥

    ReplyDelete
  3. kmk suka juak rebus2 kedak tok

    ReplyDelete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)