Some photos from the recent cooking event.... made a giant wok of Black Beef Rendang for a relative's wedding.
Kenangan memasak rendang kawah baru2 ni untuk khenduri kahwin sedara hubby. Along ni tak lah pandai sangat tapi atas permintaan sedara tu, Along tunaikan juga walau pun memasak sehingga pukul 3 pagi dan berangkat ke lapangan terbang beberapa jam selepas tu untuk bercuti ke Semenanjung. Alhamdulillah, lega dapat siapkan juadah tersebut. Along juga sediakan bahan2 untuk Kerabu Nenas pada malam nya dan mereka gaulkan sebelum di hidangkan. Along tak dapat hadir ke majlis tersebut sebab sedang di udara pulang ke Semenanjung. Hari ni baru Along berpeluang melawat mereka & alhamdulillah feedback dari tetamu kata sedap.
Ramai pembantu2 yang tolong kacau.... tengoklah kuali kawah tu.... 3 orang yg besor tu pun leh dok dalam tu. Along rasa daging tu ada lah dalam 80kg kot.... seekor besar lembu yg di sembelih. Sepatut nya kerbau tapi kerbau yg nak di sembelih tu meronta & cabut lari... lalu di gantikan dgn lembu.
|
Apabila rencah2 nya dah wangi, baru masukkan daging yg telah di perap. |
|
Ini orang kuat Along.... lovely hubby yg banyak membantu |
|
Rendang yg telah siap di masak di simpan dlm periuk besar supaya mudah di hidangkan nanti |
|
Salam Along, seronok dapat masak ramai2 mcm ni. Bukan kerja mudah untuk memasak rendang dlm kuantiti yg banyak gitu, kan.
ReplyDeleteWsalam. Memang seronok, dapat kenalan.... riuh2 jer sambil buat kerja gotong-royong...hehe
Deletesalam Along...miss dlm fb so kasi komen kat sini...haha memang berbaloi baloi nampak je dah tahu sedap . Beruntung lah org yang hadir pada kenduri tersebut dapat menikmati air tangan along .
ReplyDeleteWsalam. Nervous gak Along tau.... kalau tak sedap naya... tapi feedback kata alhamdulillah...hehe
Delete