*************************************************************************
BAHASA MALAYSIA VERSION
Biskut shortbread kegemaran hubby Along.... Setiap kali dia pergi Mark & Spencer mesti dia beli shortbread kat situ. Tahun lepas Along makan biskut ni kakak ipar Alang buat, terus jer jatuh cinta. Kukis ni rasa sedap dgn lemak mentega dan ada pula manik2 rangup yg berwarna-warni memang menarik minat si kecil. Nak buat nya pun mudah, bakar jer satu adunan sekali gus tapi kena ada acuan shortbread lah ya. Hubby gembira jer bila dia nampak biskut ni, tamak pulak suruh buat satu lagi adunan tapi Along kata cukup lah, makan jer dulu yg ada ni.... hehe
By: AlongRoz@HomeKreation
Hasil: 100 keeping / tin 12" persegi
BAHAN2:
250g Butter
1 cwn Gula Aising
1 st Esen Vanilla
2 cwn Tepung Gandum*
1½ cwn Tepung Jagung*
1 st Baking Powder* (* ayak sekali)
Manik Berwarna-warni
CARA2:
1. Pukul butter & gula sehingga kembang.
Masukkan EV, campuran tepung* sehingga rata.
2. Ratakan ke dalam tin yg di lapik kertas.
Tabur manik ke atas adunan & tekan dgn pemotong shortbread.
3. Bakar sehingga masak (Along guna 170C 20minit).
4. Sejukkan dan simpan dlm bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment
Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)