Search my Blog

Sunday, October 4, 2015

Ikan Tongkol Masak Kunyit Berlada (Mackerel Tuna in Turmeric Chilies)

Very nice simple dish..... compliment from my hubby.... if anyone needs the recipe in English, please shout.
***************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
 Nak habiskan stok ikan tongkol yg dah lama sgt terbeku dlm freezer.... Nampak resepi ni kat Google dah boleh bayangkan kesedapan nya. Memang sedap lauk simple camni.... harum serai dan cili padi dengan perisa kunyit... hubby Along makan bertambah nasi....

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Norzi@Foodilicious
Resepi di taip semula utk rujukan sendiri & ubahsuai sedikit
BAHAN2:
3 keping Ikan Tongkol
1 st Serbuk Kunyit
5 ulas Bwg Merah*
2 ulas Bwg Putih*
1/2" Halia*
5 bj Cili Padi*
1 btg Serai* (* blend halus)
1 btg Serai - ketuk
1 bj Bwg Besar - hiris
1 bj Tomato - potong 6
1 keeping Asam Gelugor

CARA2:
1. Lumur ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
Goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sesenduk minyak, tumis bahan2 blend*, serbuk kunyit & serai ketuk sehingga naik bau.
Masukkan 1/4 cwn air, asam gelugor, garam & didihkan.
Masukkan ikan, bwg besar & tomato, kacau sehingga mesra rasa.
3. Hidangkan dgn nasi putih.



2 comments:

  1. Kakpb kurang su!a ikan tongkol, idea selalu takde dgn ikan ni melainkan buat nasi dagang. Ada org kata ikan ni ada yg keras, tu yg tak berani beli.
    Btw, lama tak mengok Along Ros:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam KakPb.... maceh singgah. Along pun dulu tak suka Ikan Tongkol tapi bila selalu cuba dah suka pula. Kalau beli yg saiz besar insya'allah tak keras. Goreng jangan terlalu lama tapi kalau garing sikit sedap.

      Delete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)