Search my Blog

Thursday, October 17, 2019

Marble Bread Pudding (Puding Roti Marble)

  I was looking for an idea as a gift to my niece's friend... something bright and cheerful and surely need to taste good. It was a last minute call so I had to make do with whatever available in the pantry. Then of course jelly came to my mind as an easy solution without having to heat up my oven. This recipe was the first one that popped up when I googled for pudding and matched my requirement perfectly!

(Recipe in English will be updated if any request)

***********************************************************************************
BAHASA MALAYSIA VERSION
  Puding belang2 dgn corak warna terang sesuai buat buah tangan untuk penyejuk tekak waktu majlis jamuan. Tambahan roti dalam resepi tu buatkan rasa nya lebih creamy dan menyelerakan. Resepi ini di popularkan oleh Naz tahun 2011 dan masih kekal popular sehingga hari ini. Tak susah nak buat ni cuma kena sabar sikit bab nak tuang lapisan2 belang tu.

PUDING ROTI MARBLE
By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Naz's (Resepi Along taip semula supaya lebih ringkas)
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:                  
10g Serbuk Agar-agar
1/2 cwn Gula pasir
3 cwn Air
4 keping Roti*
- buang tepi
2 biji Telur*
1/2 cwn Susu Pekat*
1 tin
 (400ml) Susu cair*
1 st Esen Vanilla*
(* blend sehingga sebati)
2 sb Majerin
2 sb Serbuk Koko
Pewarna - ikut suka


CARA2:
1. Masak Serbuk agar-agar + air + gula sehingga larut.
2. Masukkan bahan2 yg di blend dan kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan majerin dan tutup api.
4. Bahagi adunan kpd tiga bahagian - warnakan satu dgn serbuk koko, satu lagi warna merah.
5. Sendukkan setiap warna berselang-seli di tengah2 acuan membentuk corak belang.
Buat sehingga habis.
6. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.



Ni tak dapat nak post mortem sebab kasi kat orang tu dgn bekas2 nya. Ada satu acuan kecil seperti gambar yg pertama tu tapi belang2 nya tak banyak lapisan. 

2 comments:

  1. Hai,, klau xde serbuk agar2, ganti dgn agar2 tali boleh tak? Nak letak brp byk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer ganti dgn agar2 tali tapi sukatan nya Akak dah lupa sbb dah lama tak guna. Cuba dik tengok dekat bungkusan dia tu kdg2 ada sukatan air. Tapi adik kena adjust spy sukatan air sama dgn resepi ni kalau tidak rasa manis lemak nya tak sama pula.

      Delete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)