Search my Blog

Friday, July 31, 2015

Siakap Masak Paprik

 This dish will be a nice rescue when my mood is not much into cooking.... perfect one dish with protein and vegetables are all in one!
************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kalau AngahRuz and UsuRaz ada kat rumah, memang suka sangat lah bila mama masak lauk ni. Mama pun senang hati sebab masak satu lauk ni jer dah cukup lengkap, semua ada dalam....hehee. Entah bila Along masak lauk ni pun tak ingat.... banyak lak gambo yg belum masuk entri.... bulan puasa tak larat nak update blog sangat pun... ni dok kemas folder lah ni.

Nak ke resipi.... oklah, letak jerlah.... resipi main campak2 jer dan taruh jer apa yg ada dlm petisejuk tu:

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 ekor Ikan Siakap
3-4 ulas Bwg Putih - cincang
1 bj kecil Bwg Besar - hiris
1 hirisan nipis Halia
1 btg Serai - ketuk
2 sb Pes Cili Kering
1 kiub TomYam
2 sb Sos Tiram
4 sb Sos Tomato
2 sb Sos Cili
1 sb Kicap Manis
Sayuran campur - Karot, Cauliflower, Capsicum, Terung, Tomato, dll
1 sb Tepung Jagung - bancuh dgn sedikit air
4-5 helai Daun Limau Purut
Garam, Gula

CARA2:
1. Lumur ikan dgn sedikit garam & serbuk kunyit.
Goreng sehingga masak & garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit minyak dan tumis bwg putih/besar, halia, serai sehingga wangi.
Masukkan pes cili dan kiub tomyam, kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan kesemua jenis sos, kicap, 1 cwn air, garam, gula dan biar mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan masukkan daun limau purut dan sayuran.
Masak sebentar sehingga sayuran layu. 
3. Curahkan ke atas ikan goreng tadi.
4. Hidangkan segera. 



4 comments:

  1. assalamualaikum along...
    lamanya xsinggah...
    sedapnya ikan siakap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam KakNita. Ya lah.... dunia blogging skrg ni sunyi jer kan...

      Delete
  2. Nyemmm...kei ikn tongkol pon sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok Sury.... ikan apa pun boleh, ikut selera & mood....hehe

      Delete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)