Search my Blog

Sunday, March 4, 2012

Steamed Yellow Rice (Nasi Kuning Kukus)

Hi everyone.... sorry been missing for almost a week. Life has been very hectic at office and home. Even week-end gave no chance to do anything fancy in the kitchen but attended a couple of invites from friends and worst was to return to office to complete urgent & important stuffs. I foresee this trend to continue for another at least two weeks including travel plan.

Normally, making steamed rice is very time consuming but not anymore with this recipe. Despite very busy, I managed to make this for dinner tonight. The difference between steamed rice and those cooked in rice cooker: steamed rice has non-sticky grains. This rice has very nice fragrant too & I love it.
Served with Stir-fried Spicy Chicken & French Beans
By: Roz@HomeKreation
Idea adopted from Sedap magazine
Serves 5 persons
INGREDIENTS:
2 1/2 rice-measuring-cup Bhasmati Rice - rinsed 
3 1/2 rice-measuring-cup (600ml) Coconut Milk
1 Screwpine Leaf
1 Dried Bay Leaf
3 Cloves
1 tsp Turmeric Powder
1 tsp Salt

METHOD:
1. Place all ingredients, except rice, in a wok & stir until boil
Add in rice & stir occasionally until all coconut milk has been absorbed by rice.

2. Place the rice in a tin & steam for 45 minutes until cooked.

3. Garnish with fried onions & serve with dishes.
I served mine with Stir-fried Spicy Chicken and French Beans.
****************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Assalamualakum kekawan semua. Maaf lah ya, dah lah tak sempat nak balas kunjungan kekawan, kita pulak lesap hampir seminggu. Akhir2 ni banyak urusan di pejabat & di rumah, tak terdaya dah nak tonggang-tonggeng amik gambar atau pun berblogging. Balik memalam, lapor terus nak ngap jer. Dalam bulan ni memang tak dapat nak berblogging selalu sebab byk urusan nak di selesaikan. Harap maaf ya, nanti bila semua dah settle Along akan balas kunjungan yg mana terdaya.

ok lah, hari ni Along nak kongsi satu resepi istimewa. Selalu nya bukan mudah nak buat nasi kukus, beras nak kena rendam semalaman baru kukus. Tapi resepi ni amat lah mudah, dalam kesibukan pun sempat Along buat ni tadi. Rasa nya amat sedap, lemak dan wangi. Nasi kukus ni yg best nya peroi tak melekit2 macam masak dlm rice cooker. Meh intai resepi nya.

Idea drpd majalah Sedap (resepi dah di ubahsuai)
Hidangan 5 orang
BAHAN2:
2 1/2 cwn-ukuran-beras Beras Bhasmati - bilas
3 1/2 cwn-ukuran-beras (600ml) Santan
1 helai Daun Pandan
1 helai Daun Salam
3 bj Bunga Cengkih
1 st Serbuk Kunyit
1st Garam

CARA2:
1. Letakkan kesemua bahan2, kecuali beras, ke dlm kuali.
Masak & kacau sehingga mendidih.
Masukkan beras & masak sehingga santan meresap ke dlm beras.

2. Masukkan beras ke dalam bekas tin & kukus selama 45 min sehingga masak.

3. Taburkan bwg goreng sewaktu menghidang.
Hidangkan dgn lauk kesukaan anda.

14 comments:

  1. sedap nya nasi kuning, my fav breakfast nih kalo di jakarta, makan dengan tempe,telor dan sambal juga krupuk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu Melly tapi bebudak kat rumah ni mesti nak lauk ayam....hehe

      Delete
  2. along...nampak berseri seri nasi kuning nie ..lebihkurang macam nasi lemak tapi ada daun bay dgn bunga cengkih ,,mesti harum baunya...along...kita nak juga la. Mengancam lah nasi nie buat kita teringin nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah Noorma, sekejap jer buat nya. Ala2 nasi lemak tapi lebih harum.

      Delete
  3. As'salam Along

    ct pun kesibukkan juga ni Long..mengintai anak2 suruh belajar dan study sebab minggu exam dah ni. kena keras2 sikit kalau tidak semuanya leka main game jer.

    melihat dari resipi memang mudah nak buatkan Long, tapi stok beras bhasmati tak adalah..kalau guna beras wangi mungkin boleh tak Long..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. CT cayang, memang asal guna beras biasa, Along ganti dgn beras Bhasmati sebab nak abiskan stok.

      Delete
  4. assalamualaikum..
    wah sedap nampaknya tu along. nasi pun cantik berderai. dittambah kelembutannya pasti la tak berenti n puas mengunyah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Izah cayang. hehehe.... dah boleh bayangkan kesedapan nya kena lah cuba...

      Delete
  5. Assalamualaikum Along cayang...adeeei rindunya 4 5 hari x on9....bz sakan la kiranya...hehe.. Sedap berbau wangi eh nasi nih...imagine je pun dah rasa lapor dah niii...alahaaaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ummi tersayang. Bila Ummi nak mai, habor jer nanti kita masakkan k....hehe

      Delete
  6. Uuuiiik...mengancam la nasi kuning ni...berseri2 jer...masuk list dulu, cuti sekolah ni blh buat utk anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lag Gee.... sure bebudak suka... tak jemu makan nya.

      Delete
  7. Along.....so nice lah nasi nie...noor dah cuba masak untuk lunch tadi..and my Yonyon makan bertambah. Tq so much along , my family really like it dan kena repeat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, cepat nya... boleh kasi pingat cekap & cemerlang....hehe. Suka dengar semua nya happy!

      Delete

Please use OpenID if you do not have any account.
(Sila guna OpenID untuk tinggalkan komen anda jika tiada akaun Google)