Search my Blog

Tuesday, December 31, 2013

Happy New Year 2014

courtesy of wallpaperhdfree.com

To all friends and readers, HAPPY NEW YEAR 2014 and may all your wishes come true. As for me, I'm hoping for another blessed year with strength and determination to be a better person - wife, mother, daughter, sister and most of all, a best friend I could be. I also hope to accomplish all of my to-do-plan with success! May Allah grant me strength and time to share what I love to do on this blog.... Wish me luck and success! My wishes for all too! TQ all for the friendship!

Sunday, December 29, 2013

Rendang Sekawah

  Some photos from the recent cooking event.... made a giant wok of Black Beef Rendang for a relative's wedding.

Kenangan memasak rendang kawah baru2 ni untuk khenduri kahwin sedara hubby. Along ni tak lah pandai sangat tapi atas permintaan sedara tu, Along tunaikan juga walau pun memasak sehingga pukul 3 pagi dan berangkat ke lapangan terbang beberapa jam selepas tu untuk bercuti ke Semenanjung. Alhamdulillah, lega dapat siapkan juadah tersebut. Along juga sediakan bahan2 untuk Kerabu Nenas pada malam nya dan mereka gaulkan sebelum di hidangkan. Along tak dapat hadir ke majlis tersebut sebab sedang di udara pulang ke Semenanjung. Hari ni baru Along berpeluang melawat mereka & alhamdulillah feedback dari tetamu kata sedap.

 Ramai pembantu2 yang tolong kacau.... tengoklah kuali kawah tu.... 3 orang yg besor tu pun leh dok dalam tu. Along rasa daging tu ada lah dalam 80kg kot.... seekor besar lembu yg di sembelih. Sepatut nya kerbau tapi kerbau yg nak di sembelih tu meronta & cabut lari... lalu di gantikan dgn lembu.

Apabila rencah2 nya dah wangi, baru masukkan daging yg telah di perap.

Ini orang kuat Along.... lovely hubby yg banyak membantu

Rendang yg telah siap di masak di simpan dlm periuk besar supaya mudah di hidangkan nanti

Saturday, December 28, 2013

Spicy Chick Peas Snack (Kacang Kuda Pedas)

 Our evening snacks..... nice!

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 packet Chic Peas (forgot to measure but estimately about 2 cups) 
10 Dried Chilies - cut 
5 cloves Garlic - pounded 
4 sprigs Curry Leaves
1 tbsp Chili Powder
1 tbsp Sugar
1 tsp Tumix
Salt

METHOD:
1. Wash & soak chick peas for an hour/more & boil until tender.
I used a short cut method, without soaking but boil in pressure cooker.
2. Heat up few tbsp oil & stir-fry dried chili and curry leaves until fragrant.
Add in pounded garlic & continue stir-fry until golden.
Quickly add in chili powder, tumix, salt & sugar and chick peas.
3. Mix well and serve.
*********************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Petang2 rasa lapor lak.... korek2 petisejuk jumpa sepeket kacang kuda kiriman dari sahabat facebook. Tambah perisa kasi pedas2 sedikit memang sedap kudap2 waktu petang dan waktu malam nonton tv....

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 bungkus Kacang Kuda (Along lupa na timbang tp anggaran 2 cawan) 
10 bj Cili Kering - gunting kecil
5 ulas Bwg Putih - tumbuk
4 tangkai Daun Kari
1 sb Serbuk Cili
1 sb Gula
1 st Tumix
Garam

CARA2:
1. Basuh dan rendam kacang kuda selama sejam atau lebih.
Rebus sehingga lembut.
Along guna pressure cooker supaya cepat masak tanpa perlu merendam terlebih dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kering & daun kari sehingga garing.
Masukkan bwg putih tumbuk & kacau sehingga garing.
Masukkan cili serbuk, tumix, gula & garam, kacau dgn cepat atas api perlahan.
Masukkan kacang kuda & gaul sebati.
3. Hidangkan sebagai makanan ringan.


Friday, December 27, 2013

Kerutup Ayam

 Hello everyone! It has been a long break since the last post... I have just returned from hometown and not yet fully warmed up for blogging especially after the recent loss of my youngest brother. Anyway, here is a simple and nice dish.....

By: Roz@HomeKreation
Source: Yatie / Chef Hanieliza
English translation by HomeKreation
INGREDIENTS:
1/2 Chicken - cut
1 sb Curry Powder*
1 sb Kurma Powder* (* mix with some water to form paste)
1 cup Coconut Milk
1 tsp Palm Sugar
1 tbsp Roasted Coconut Paste
3 tbsp Oil

Salt, Sugar
BLEND FINELY:
50g Fried Shallots
1 Cardamon
1 cm Ginger
1 cm Galangal
1 Lemongrass
4 Shallots
2 cloves Garlic


METHOD:
1. Heat up oil & stir-fry blended ingredients until fragrant.
2. Add in mixed spiced paste* and stir-fry until fragrant.
3. Add in chicken pieces, roasted coconut paste, salt, sugar & coconut milk.
Cooked until boil and chicken is done. Stirring occasionally.
4. Serve with rice or bread.
********************************************************************** 

BAHASA MALAYSIA VERSION
Assalamualaikum wmh kepada semua kekawan dan para pembaca. Maaf ya sebab Along dah lama menyepi. Along bercuti sekejap, pulang ke kampung dan mood nak blogging pun agak kurang di sebabkan keletihan dan juga kesedihan yang melanda keluarga kami baru2 ini apabila adik bongsu kesayangan Along, Ahmad Yazid AlRafiq bin Ismail berumur 24 tahun telah kembali ke rahmatullah tanpa di sangka2. Sesungguh nya Allah menyayangi nya dan kami redha tapi perasaan sedih tetap terasa. Semuga Allah menempatkan nya di kalangan orang2 yg beriman. Tolong lah hadiahkan nya al-fatihah ya kekawan. Terima-kasih banyak, semuga Allah memberkati kita semua.

Hanya santapan yg seadanya sahaja yg dapat Along kongsikan buat masa ini.... Terima-kasih Yatie yg menarik perhatian Along untuk mencuba juadah ayam ini. Sedap rasa nya.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Yatie / Chef Hanieliza
Along edit sedikit resipi nya mengikut sukatan yg Along buat. Resipi asal sila rujuk kat link ya.
BAHAN2:
1/2 ekor Ayam - potong kecil
1 sb Rempah Kari*
1 sb Rempah Kurma* (* bancuh dgn sedikit air)
1 cwn Santan
1 st Gula Merah
1 sb Kerisek
3 sb Minyak
- untuk menumis
 
Garam, Gula
BAHAN KISAR:
50g Bawang Goreng
1 biji Buah Keras
1 cm Halia
1 cm Lengkuas
1 btg Serai
4 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih


CARA2:
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. 

Biarkan sehingga mendidih dan masak sehingga pekat.
Pastikan kacau sekali sekala.
4. Hidangkan dengan nasi atau roti.
 



Tuesday, December 10, 2013

Peparu Goreng Berempah II

 Clearing the lung stock from the recent Idh sacrifice.... This time I cooked it in several steps as opposed to my short-cut method in the first version here. I like it dry which can last for few days in room temperature. This scrumptious dish can go with rice or by itself.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1/2-1 kg Beef Lung - cut into big chunks of palm size
1-2" Turmeric Roots - pounded
1 Big Onion - sliced thinly
1 tbsp Coriander Seeds*
1 tbsp Fennel Seeds*
1 tbsp Cumin Seeds*
1 tbsp Black Pepper Corns*
3 Lemongrass*
1" Ginger*
1" Galangal* (* blend #1) 
3 Red Chilies**
7 Shallots**
2 cloves Garlic** (** blend #2) 
1 tbsp Vinegar
Salt, Sugar

METHOD:
1. Boil lungs in water & salt until cooked about 20 minutes.
Slice thinly & mix with salt, sugar & pounded turmeric.
Deep fry until crispy with high heat.
Lift out of oil & keep aside.
2. Heat up a scoop of oil & stir-fry big onion until yellowish.
Add in blended ingredients #1 & salt with slow medium fire until dry & fragrant.
Add in fried lungs and stir well.
Lift out & keep aside.
3. Heat up a scoop of oil & stir-fry ingredients #2, salt, sugar & vinegar until dry & fragrant.
Add in lungs and mix well.
Dish out & serve with white rice.
*********************************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Assalamualaikum sahabat2 semua. Maaf ya dah lama blog menyepi sebab kesibukan yang macam2.... Supaya tak menyepi terus, meh lihat paru-paru yang di goreng dengan rempah yang amat enak di makan dengan nasi atau begitu sahaja. Cara Along masak ni agak remeh sikit sebab nak kena masak empat step tapi berbaloi. Step pertama rebus dulu, kedua goreng, ketiga masak rempah, keempat masak cili nya. Kalau nak senang satu step jer, boleh rujuk resepi versi pertama yg Along kongsikan dulu di sini.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1/2-1 kg Paru-Paru Lembu - potong sebesar tapak tangan 
1-2" Kunyit Hidup - tumbuk 
1 bj Bwg Besar - hiris nipis 
1 sb Biji Ketumbar*
1 sb Jintan Manis*
1 sb Jintan Putih*
1 sb Lada Hitam*
3 btg Serai*
1" Halia*
1" Lengkuas* (* blend #1) 
3 bj Cili Merah**
7 ulas Bwg Merah**
2 ulas Bwg Putih** (** blend #2) 
1 sb Cuka
Garam, Gula

CARA2:
1. Rebus peparu dgn air & garam sehingga empuk, lebih kurang 20 minit.
Sejukkan & hiris nipis.
Gaulkan dgn garam, gula & kunyit hidup.
Goreng dgn api besar sehingga garing.
Angkat & ketepikan.
2. Panaskan sesenduk minyak & goreng bwg besar sehingga kekuningan.
Masukkan bahan blend #1, garam & kacau dgn api sederhana sehingga kering & wangi.
Masukkan peparu & gaul rata.
Angkat & ketepikan.
3. Panaskan sesenduk minyak & tumis bahan blend #2, garam, gula, cuka sehingga kering.
Masukkan peparu tadi & gaul rata.
Hidangkan dengan nasi.



Wednesday, November 27, 2013

Bingka Roti Jagung (Corn Bread Pudding)

 My parents-in-law are visiting this week and brought along a bunch of corns. So I am experimenting bread pudding with corns and I think they are nice and my hubby also said so. I used the same favourite bread pudding recipe that I shared earlier on but modified it slightly with corns flavour.


By: Roz@HomeKreation
Makes 8" / 9" square
INGREDIENTS:
1 cup Sugar
1 cup Coconut Milk
1 cup Fresh Milk
1¼ cup Water
2 tbsp Butter
3 Eggs
1/2 tsp Salt
14 slices (520g) Bread - cubed 
2 cobs Corn - remove seeds from cob 
Few drops Yellow Coloring
Sesame Seeds for topping

METHOD:
1. Blend all ingredients, except bread & corn seeds, until well mixed.
Add in corn seeds and pulse for short processing.
Pour onto bread & soak for 5 minutes.
2. Pour 1 tbsp oil into tin & pre-heat in oven.
Rub the mixture with fingers & pour into tin.
3. Sprinkle sesame seeds & bake 180C for 1 hour.
******************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Puding roti boleh di pelbagaikan mengikut kreativiti. Sebelum ni Along ada kongsikan pelbagai rekaan puding atau bingka roti. Kali ni pula, Along cuba campurkan jagung dan hasil nya sangat sedap.

By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz tin: 8" / 9" persegi
BAHAN2:
1 cwn Gula 1 cwn Santan
1 cwn Susu Segar 
cwn Air 
2 sb Butter
3 bj Telur
1/2 st Garam
14 keping (520g) Roti - potong kecil2 
2  btg Jagung - ambil biji nya sahaja
Beberapa titik Pewarna Kuning
Biji Bijan untuk tabur

CARA2:  
1. Blend kesemua bahan2, kecuali roti & jagung, sehingga sebati.
Masukkan jagung & blend sebentar sahaja.
Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi roti & rendam selama 5 minit sehingga kembang.
2. Panaskan 1 sb minyak di dlm tin.
Ramas adunan roti & tuangkan ke dlm tin yg berisi minyak panas.
3. Taburkan biji bijan & bakar 180C selama 1 jam.


Monday, November 25, 2013

Eggless Moist Banana Brownies

 I'm so glad I tried out this recipe.... it is super delicious with soft & moist texture, rich with chocolate taste that no one ever guess it is eggless.The banana taste is not overpowering the chocolate and therefore ones will still think is brownies rather than banana bars.... that's what I like most about it. It all well balanced in sweetness, texture and taste!

Notice the nice plate? It was a Hari Raya gift from a friend last year....!


By: Roz@HomeKreation
Source: Love (Original by MR_KakFida)
Size 8" square (I made double portion in 10"x12")
INGREDIENTS:
100g Cooking Chocolate
75g Butter
200g Ripe Bananas
- mashed 

60g Brown Sugar
1/4 tsp Salt
1 tsp Vanilla Essence
75g Plain Flour*
2 tbsp Cocoa Powder*
1/2 tsp Baking Soda*
1/2 tsp Baking Powder*
(*sifted together)

 Chocolate Chips

METHOD:
1. Melt chocolate and butter together. Allow to cool.
Add in mashed banana, sugar, salt & VE - mix well each addition.
Fold in sifted ingredients*.
If too thick, add in 2 tbsp fresh milk.
2. Pour batter into a greased and lined tin.

Sprinkle some choc chips.
3. Bake at 160C for 20-25 minutes or until done.



BAHASA MALAYSIA VERSION
 Along buat ni untuk bawa ke rumah my sisterly-friend Mala semperna majlis tahlil arwah ayah nya minggu lepas... laku sampai habis licin... bukan bebudak jer yg berebut, siap makcik2 kat situ minta resepi lak lagi. Memang sedap sangat brownies ni... walau pun tak letak telur, tersangat lembut dan lembab nya. Rasa coklat yang pekat dan manis yg sedang amat mengasyikkan. Kalau Along tak cakap letak pisang, orang pun tak perasan sangat sebab rasa coklat nya tetap kuat.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Love (Original by MR_KakFida)
Saiz 8" persegi (Along buat dua portion guna tin 10"x12")
BAHAN2:
100g Coklat Masakan
75g Butter
200g Pisang Lecek

60g Gula Perang
1/4 st Garam
1 st Esen Vanilla
75g Tepung Gandum*
2 sb Serbuk Koko*
1/2 st Baking Soda*
1/2
st Baking Powder* (*ayak)
 Cip Coklat

CARA2:
1. Cairkan coklat & butter (Along guna microwave High 1 min). Sejukkan.
Campurkan dgn pisang, gula, garam & EV sehingga rata.
Masukkan bahan2 yg di ayak* sehingga rata.
Jika terlalu pekat, boleh tambahkan 2 sb susu segar.
2. Tuangkan adunan ke dlm tin yg di lapik & di gris.
Taburkan cip coklat.
3. Bakat 160C selama 20-25 minit sehingga masak.


Saturday, November 23, 2013

Homemade Chicken Burger (Burger Ayam)

 Scrumptious Chicken Burger for today's breakfast.... Own-made chicken burger is so much better than the ready made frozen sold in supermarkets which are so thin and tasteless. Most of all you know exactly what in there and surely healthy too. Do not think is difficult or time consuming, you will be surprise how easy to prepare it and ready in less than 30 minutes!

By: Roz@HomeKreation
Makes: 5 chicken patties
INGREDIENTS:
1/2 (~330g) Chicken Breast - minced 
1 Red Chili*
1/2 Big Onion*
1 clove Garlic* (* chopped) 
2 tbsp Olive Oil
1 stale Bread - grind 
Seasoning: Cajun Powder, Black Pepper, Salt
Extra Olive Oil for grilling

METHOD:
1. Heat up olive oil & stir fry *chopped ingredients until fragrant. Cool.
2. Mix fried ingredients together with its oil into minced chicken and rest of ingredients.
3. Shape into round patties (I used a round mould as shown in photo below).
4. Brush chicken patties with olive oil & place in a pre-heated griddle pan.
Flip only once when the bottom side is nicely marked by the ridges.
Cook on the other side until the similar marks appear.
Do not overcook the patties.
5. Sandwich the chicken patties in between sliced & grilled buns together with cheese slices, cucumber, mayonnaise, chili and brown sauce.

Shaping up the chicken patties

Cooked chicken patties

BAHASA MALAYSIA VERSION
Mari kita buat burger ayam sendiri nak tak? Sebenar nya tak susah nak buat ni dan mengambil masa yg singkat sahaja untuk menyediakan nya. Yang best nya, kita boleh buat kepingan daging ayam yang lebih tebal... tak ler cam yg di jual tu hanya 1/2 cm sahaja, tak rasa apa2 pun burger cam makan roti kosong je kan. Lagi pun kalau buat sendiri, kita pasti akan guna isi ayam yg lebih berkualiti tanpa lemak, kan lebih sihat camtu. Akhir sekali, kita juga boleh pelbagaikan perisa nya mengikut selera masing2. ok lah, meh lihat resipi camna Along buat nya. Ni sarapan buat kami sekeluarga pagi ni.

By: AlongRoz@HomeKreation
Bilangan: 5 kepingan burger ayam
BAHAN2:
1/2 ketul (~330g) Dada Ayam - mesin sehingga lumat
1 bj Cili Merah*
1/2 bj Bwg Besar*
1 ulas Bwg Putih* (* cincang) 
2 sb Minyak Zaitun
1 keping Roti Lama - blend menjadi serbuk
Perisa: Serbuk Cajun, Lada Hitam, Garam
Minyak Zaitun untuk memasak

CARA2:
1. Panaskan 2 sb minyak zaitun & tumis bhn2 yg di cincang* sehingga layu.
Sejukkan.
2. Campurkan bhn yg di tumis tadi berserta minyak nya kedlm ayam cincang bersama bhn2 lain.
3. Bentukkan bulat leper (Along guna acuan spt dlm gambar).
4. Sapukan kepingan burger dgn minyak zaitun.
Panaskan kuali griddle dan panggang kepingan burger sehingga jaluran garing.
Balikkan kepingan ayam sehingga masak & berjalur garing.
Pastikan tidak di masak terlalu lama supaya tidak liat atau terlalu kering.
5. Hidangkan kepingan ayam bersama roti yg di panggang, kepingan keju, timun, mayonis, sos cili dan sos perang.


Thursday, November 21, 2013

Bingka Durian (Again)

 Durian season just at the beginning which means they are expensive until more sellers emerged along the streets in Miri. Unexpectedly, yesterday a lovely friend gave me a big container of durian fresh from the farm. Thanks so much BP! The first thing crossed my mind was scrumptious Bingka Durian......! I baked one big container yesterday enough to share with many colleague in the office.

The recipe was shared earlier on here but this time I baked in 10"sq tin.


BAHASA MALAYSIA VERSION
Alhamdulillah, rezeki dari seorang sahabat yg baik-hati.... Tanpa di sangka2 dapat sekotak besar durian yang segar dari ladang. Sedap durian ni, banyak ulas nya dan amat lemak manis. Puas Along, hubby & anak2 makan durian ni dan masih cukup untuk buat kuih. Kuih bingka ni sedap sebab Along letak isi durian yg banyak supaya rasa nya lemak dgn durian.

Resipi Along dah kongsikan dahulu di sini tapi kali ni, Along bakar dalam tin 10" persegi.


Wednesday, November 20, 2013

Oreo Stuffed Mini Chocolate Bundt Cake

 Made this last week to give to UsuRaz's friend and her mum. I think it is a bit dry and probably because overbaked. I will reduce the baking time next time if I make again. Anyway, with Oreo filling it is certainly nice and hope that they like it.


By: Roz@HomeKreation
Source: BakerStreet
Yield: 1 big bundt or 6 mini bundt
INGREDIENTS:
1 cup Plain Flour*
¼ cup Whole Wheat Flour*
(I used Atta Flour)

 ½ tsp Baking Powder*
¼ cup Cocoa Powder*
(heaped)

 ¼ tsp Baking Soda*
¼ tsp Salt*
(* sifted together)

 ½ cup Unsalted Butter (room temperature)
 1 cup Sugar
2 Eggs
100ml Buttermilk
(or Milk +
½ tbsp Vinegar, rest 10 minutes until bubbles)
1 tsp Vanilla Essence
10-12 (1 packet) Oreo Cookies
- break/chopped 


METHOD:
1. Grease and flour the sides of a bundt pan or mini bundt pans.
2. Preheat the oven to 170C | 350F
3. Cream the butter and sugar.

Beat in eggs one at a time, followed by the vanilla extract.
With beater on low add the flour and buttermilk alternately in three lots.

Stir in chopped oreos.
4. Bake for 50-60 minutes for one big bundt pan.

I baked mine 30 minutes in six mini bundt pan (will reduce to 20 minutes next time).
Cool and invert.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ni projek minggu lepas nak kasi kat kawan Usu dari Kucing & emak nya yg datang ke rumah. Along baru jer beli acuan mini bundt pan tu so nak rasmikan lah. Tapi rasa nya terlebih bakar kot sebab kek tu kering sedikit. Rasa nya sedap dgn kerangupan oreo di dalam nya. Harap mereka berdua suka kan nya.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: BakerStreet
Yield: 1 big bundt or 6 mini bundt
BAHAN2:
1 cwn Tepung Gandum*
¼ Tepung Wholemeal / Atta*

 ½ st Baking Powder*
¼ cwn Serbuk Koko*
(lebihkan sedikit)

 ¼ st Baking Soda*
¼ st Garam*
(* ayak)

 ½ cwn Mentega tanpa garam (room temperature)
 1 cwn Gula
2 bj Telur
100ml Buttermilk
(atau Susu +
½ sb Cuka, rehatkan 10min sehingga berbuih)

1 st Esen Vanilla
10-12 (1 bungkus) Oreo Cookies - patah2kan 

CARA2:
1. Sediakan acuan dgn menyapu butter & percikkan tepung.
2. Panaskan oven 170C | 350F.
3. Pukul mentega & gula sehingga putih.

Masukkan telur sebiji2 sambil di pukul, di ikuti dgn esen vanilla.
Gaulkan tepung & buttermilk selang seli dgn speed perlahan.
Akhir sekali masukkan oreos.
4. Bakar 50-60 minit (sebiji saiz besar) atau 20-30 minit untuk saiz kecil.

(Along nak kurangkan masa ke 20 minit next time)
Sejukkan & terbalikkan dari acuan.




Monday, November 18, 2013

Ban Mian Pedas

 Yesterday I posted Ban Mian with Anchovies Soup and herewith another way of serving Ban Mian / Mee Hoon kueh / Pan Mee. This is dry and spicy hot version.... certainly will be listed as one of my favourite foods from now!

By: Roz@HomeKreation
Serve: 1 person
INGREDIENTS:
1 pc Ban Mian Dough (refer here)
I Egg
Mustard Leaves
Fried Anchovies
Fried Shallots
2 tsp Chili Oil
2-3 tbsp Anchovies Soup (refer here) 

METHOD:
1. Boil 1 bowl of water in a small pot/pan.
Flatten and tear out Ban Mian dough into the boiling water and cook until ala dente.
Lift out Ban Mian and place in a bowl/plate.
2. Mix 2-3 tbsp anchovies soup into Ban Mian.
Serve with poached egg, blanched mustard leaves, fried shallots & 2 tsp chili oil.
Mix all ingredients well.
***********************************************************


BAHASA MALAYSIA VERSION
Kelmarin Along ada kongsikan resepi Ban Mian Sup Ikan Bilis. Hari ini pula nak tunjukkan Ban Mian yg di hidangkan kering & di gaulkan dengan cili oil.... wah, pedas terangkat! Puas hati dapat merasa dua jenis Ban Mian selepas tengok kat AFC hari tu.

By: AlongRoz@HomeKreation
Hidangan utk 1 orang
BAHAN2:
1 ketul Doh Ban Mian (rujuk resipi di sini)
I bj Telur
Sayur Sawi
Ikan Bilis Goreng
Bawang Goreng
2 st Cili Oil
2-3 sb Sup Ikan Bilis (rujuk resipi di sini) 

CARA2:
1. Didihkan 1 mangkuk air di dlm periuk kecil.
Leperkan seketul doh Ban Mian, tarik2, koyak2an ke dlm air yg menggelegak.
Masak sehingga mee Ban Mian masak kenyal ala dente.
Tapis & masukkan ke dlm mangkuk/pinggan.
2. Gaulakn mee Ban Mian dgn sup ikan bilis.
Hidangkan dgn telur 1/2 masak, sayur yg di celur, bwg goreng & 2 st cili oil.
Gaul rata sebelum di makan.


Sunday, November 17, 2013

Ban Mian / Mee Hoon Kueh

I learned about Ban Mian (in Hakka) or Mee Hoon Kueh (in Hokkien) while watching AFC (Asian Food Channel). The way it was described sounded so delicious and raised my curiosity. Anyway, it does not look too difficult to make... so I decided to give it a try.

I'm so glad that I tried - experiencing something new.... the noodles is nicely cooked  and slightly chewy, perfect to my liking. Its uneven shape makes it interesting. The anchovies soup was tasty and matched perfectly with Ban Mian, half-cooked poached egg and crispy fried anchovies. Hubby said the noodles taste like Wonton....

By: Roz@HomeKreation
Sourced: 3HungryTummies (Orig by CookingCrave)
Serve: 3-4 persons
INGREDIENTS:
250g Plain Flour
1 Egg
1 tbs Cooking Oil
100ml Water

A pinch Salt

METHOD:
1. METHOD I (using bread machine):
Place all ingredients into a breadmaker and process into dough.
After the 30 min dough cycle is completed, let it rest in the breadmaker for about 1 hour.
2. METHOD II (manual): 
Mix water with salt, egg and oil until well mixed.
In a large mixing bowl, add the water mixture to the flour and mix into a dough. Knead the dough for about 5 minutes, until the dough springs back a little when pressed with a fingertip.
Shape the dough into a ball, cover with a clean damp towel or cling film and leave to rest for 1 hour.
3. Divide into 4 balls of dough (one ball for one serving).

ANCHOVIES SOUP
This is my own version of anchovies soup. It is slow cooked to ensure the good anchovies taste will nicely flavour the soup. Another advantage of slow cook, it is ready first thing in the morning when you wake up. You can serve with Ban Mian or Long-Life Noodles.

By: Roz@HomeKreation
1/2 cup Dried Anchovies/Ikan Bilis
3 cloves Garlic
1" Ginger
1 cup Soaked Mushrooms
1.5liter Water
Salt

METHOD:
1. Pound garlic and ginger.
Add in anchovies and pound coarsely.
2. Heat up few tbsp oil & stir-fry pounded ingredients until fragrant and golden.
Add in water and salt, slow cook overnight.

PREPARATION:
I cook the Ban Mian one individual portion each time to ensure the noodles are perfectly cook, which is not too soft nor undercooked.

1. In a small pan, boil one bowl of anchovies soup.
2. Flatten one ball of Ban Mian dough in between your palm or using rolling pin.
3. Tear the dough into small thin pieces and drop it into the boiling soup.
Repeat pulling and tearing the dough until one ball is used up.
When the noodles are almost cooked, break one egg into it.
When the noodles is cooked, add in vegetables.
Top with fried anchovies, fried shallot, chopped spring onion and chili oil.
********************************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Along baru je kenal dengan Ban Mian.... pertama kali terlihat di AFC channel, terus jer teringin dan terpaksa lah buat sendiri sebab yang sudah siap di masak semua nya tak halal. Ini makanan orang2 Cina Hakka dan Hokkien dan kebiasaan nya di hidangkan dgn sup ikan bilis.

Berbaloi percubaan ni... mee yg bentuk tak menentu ni sedap sangat.... kenyal2 macam pasta.... hubby kata rasa cam wantan, cuma wantan ada inti. Bila Along cakap kat Liana ni sup pasta, dia pun makan banyak sbb dia mmg suka sgt makan pasta.

By: AlongRoz@HomeKreation
Sourced: 3HungryTummies (Orig by CookingCrave)
Alihbahasa ke BM oleh HomeKreation
Saiz hidangan: 3-4 orang
BAHAN2:
250g Tepung Gandum
1 bj Telur
1 sb Minyak Masak
100ml Air

Secubit Garam

CARA2:
1. CARA I (guna bread machine):
Letakkan kesemua bahan2 ke dlm breadmaker dan proses sehingga menjadi doh.
Selepas 30 min apabila proses selesai, rihatkan doh selama 1 jam di dlm BM.
2. METHOD II (uli tangan): 
Campurkan air, garam, telur & minyak.
Tuangkan ke dlm tepung & uli selama 5 min sehingga kental.
Tutup dgn kain lembab atau palstik dan rihatkan selama sejam.
3. Bahagikan doh kepada 4 bebola (setiap sebiji untuk hidangan seorang).

SUP IKAN BILIS
Ini cara Along buat Sup Ikan Bilis. Rasa nya lebih enak & berperisa tanpa bahan2 perasa apabila memasak menggunakan periuk slow-cooker. Bila bangun pagi, sup pun sudah siap sedia dgn membiarkan nya masak semalaman. Sup ni sesuai di hidangkan dgn Ban Mian dan juga Mee Sua.

By: AlongRoz@HomeKreation
1/2 cwn Ikan Bilis
3 ulas Bwg Putih
1" Halia
1 cwn Cendawan Shitake Kering yg telah di rendam
1.5liter Air
Garam

CARA2:
1. Tumbuk bwg putih & halia.
Masukkan ikan bilis dan di tumbur kasar.
2. Panaskan beberapa sudu minyak dan tumis bhn2 yg di tumbuk tadi sehingga wangi & garing.
Masukkan air & masak dgn periuk slow cooker semalaman.

PENYEDIAAN:
Along masak Ban Mian tidak sekali gus tapi satu portion setiap kali supaya mee Ban Mian akan masak sempurna atau tidak juga terlalu masak.

1. Didihkan semangkuk Sup Ikan bilis dlm periuk kecil.
2. Penyekkan seketul doh dgn tapak tangan atau dgn penggelek.
3. Tarik nipis di tepi nya, koyakkan dan campakkan ke dlm sup yg mendidih.
Buat sehingga habis seketul doh.
Apabila mee hampir masak, pecahkan sebiji telur ke dlm nya.
Apabila mee telah masak, masukkan sayur.
Hidangkan segera dgn ikan bilis goreng, bwg goreng, daun bwg dan cili oil.


Wednesday, November 13, 2013

Jamu Rapat

 Kali ni kita main masak-masak jamu lak.... ni khas untuk wanita sahaja... ehem2.... paham2 je lah... Jamu ni baik untuk kesihatan luaran dan dalaman. Tambahan bagi wanita yg penat bekerja seperti Along ni, memang perlukan khasiat semula-jadi. Alhamdulillah, ada lah sorang sahabat tu yang sedekahkan segala macam herba dan tumbuhan segar untuk di buat jamu.... siap pos dari Semenanjung sekotak besar.... ada manjakani, temu kunci dan lain2. Sedap berangin dan yang penting badan rasa segar dan panas, tak lah Along selalu terketar2 sejuk dalam aircond. Lepas seminggu ni boleh lah test kebersanan nya....hahaha.

Buat sahabat yang amat baik-hati dan penyayang, Along ucapkan berbanyak terima-kasih. Semuga Allah membalas jasa mu dengan segala keberkatan di dunia & akhirat.... amin! Along juga berharap persahabatan kita akan kekal selama nya seperti saudara kandung.

 Tak perlu masak lama, cukup sehingga menggelegak. Rasa nya pure macam jamu.... memang asli!


Monday, November 11, 2013

Spicy Sotong Ring

Sotong or Calamari Ring shaken in spicy flour and deep fried until golden is perfect as snacks in the evening or served with rice to complement other dishes. I bought frozen calamari rings and then prepared the simple coating as seen in AFC.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
Calamari - clean, deskin & slice into ring shape
(alternatively buy frozen calamari rings) 
2 tbsp Plain Flour*
1 tbsp tbsp Rice Flour*
1 tbsp Chili Powder*
Salt* (* mix well) 

METHOD:
1. Drain excess water from calamri rings.
2. Shake the rings into the flour mixture* until well coated.
3. Heat up oil and deep fry calamari rings until crispy and golden.
4. Serve with sauce as snacks or as side dish with rice.
************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Sotong Ring ni sedap untuk ratah2 atau pun di hidangkan sebagai lauk sampingan dengan nasi. Nak buat nya amatlah senang, pejam mata jer dah siap sebab Along beli sotong beku yang dah siap di cuci dan di hiris bulat. Cuma sediakan tepung untuk salutan dan  goreng. Goreng sotong jangan terlalu lama supaya tidak liat. Angkat gorengan sebaik sahaja tepung salut tu garing.

Along ternampak ni kat AFC, teringin terus jer gi beli sotong tanpa lengah2.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
Sotong - cuci, buang kulit luar nya dan hiris bulat
(atau beli sotong beku yg siap hiris bulat) 
2 sb Tepung Gandum*
1 sb Tepung Beras*
1 sb Serbuk Cili*
Garam* (* Gaul rata) 

CARA2:
1. Sotong di tapis supaya tidak terlalu basah.
2. Gaul sotong dgn campuran tepung* sehingga di saluti rata.
3. Panaskan minyak dalam & goreng dgn api sederhana sehingga salutan tepung garing.
4. Hidangkan dgn sos sebagai snek atau sebagai lauk sampingan dgn nasi.